Gempa bumi di Ranau, Sabah - foto dan Video

Setiap musibah yang menimpa manusia mesti ada sebabnya..gempa bumi di Sabah awal pagi 5 June 2015 ini..anda mampu mencari asbabnya...




LABUAN - Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda daerah Ranau di Sabah awal pagi ini, turut menggegarkan pulau bebas cukai ini.    Kompleks Taman Kewangan yang menempatkan banyak jabatan dan agensi kerajaan di sini bergegar selama beberapa saat, sebelum pukul 8 pagi dan menyebabkan beratus-ratus pekerja bergegas meninggalkan bangunan itu untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.    Pegawai Keselamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Ahmad Azmer berkata jabatan itu menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 8 pagi dan segera menghantar pasukannya ke kompleks tersebut, yang juga merupakan tempat beli-belah.    “Setelah menjalankan pemeriksaan dengan kerjasama petugas kompleks itu, kami tidak menemui sebarang kerosakan akibat gegaran yang berlaku dan mengisytiharkannya selamat untuk didiami," kata beliau dalam satu kenyataan.    Gempa bumi itu juga mengakibatkan berlaku gegaran di beberapa kawasan di Kota Kinabalu, Tambunan, Pedalaman, Tuaran dad Kota Belud. - Bernama




Donkey Ears (Telinga Keldai) di Gunung Kinabalu telah patah kesan gempa bumi yang berlaku pagi tadi. Hari ini merupakan hari menyedihkan buat negeri kita dan kejadian ini juga merupakan sejarah yang merubah bentuk Gunung Kinabalu.
Sumber : Sabah Info






Keadaan para pendaki yang sedang berada di puncak gunung Kinabalu. Para pendaki yang baru mahu mendaki dinasihatkan untuk tidak memulakan pendakian. Berlaku tanah runtuh di sekitar Gunung Kinabalu. Menurut maklumat panar Laban Hut telah musnah tetapi tiada orang didalam ketika berlaku gempa bumi.
SumberSabah Info


GEMPA BUMI DI SABAH
Nabi pernah bersabda ertinya " apabila tersebarnya zina dan riba dalam sesebuah tempat ( kampung atau negara atau negeri) maka telah penduduknya menghalalkan bagi mereka dijatuhkan azab Allah ke atas mereka. (Hadis bertaraf Hasan Riwayat Ibn Hibban)
Azab itu boleh datang dalam pelbagai bentuk, kemarau, banjir, gempa bumi, jenayah tersebar, panas melampau, perpecahan teruk dalam masyarakat, fitnah tersebar, rumah tangga majoritinya tiada sakinah & mawaddah. Sama-sama bermuhasabah kerana apabila bala menimpa, ia terkena kepada semua termasuk orang baik dan soleh..

sumber - Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Gempa bumi di Sabah pagi ini, mengingatkan kita betapa besarnya kuasa Allah.. saat ini alam mula berbicara, memberitahu manusia bahawa, kita hanya prnumpang di bumi bertuah ini..pemiliknya ialah Allah..Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani 


Sebahagian daripada 30 malim Gunung Kinabalu menyertai misi menyelamat pendaki-pendaki yang terkandas di puncak gunung tertinggi Asia Tenggara itu di sini akibat gempa bumi di Sabah pagi tadi. - Foto Bernama


PEGAWAI dari bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Mohd Jumat Abd Razak melihat kerosakan yang dialami Masjid Ranau. - Foto ihsan pembaca Berita Harian

Gempa bumi Sabah: Banyak bangunan kerajaan, premis perniagaan, rosak



Pendaki Lee Yoke Fah sedang menerima rawatan..BH Online

KEADAAN di laluan menuju ke puncak Gunung Kinabalu sebelum gempa bumi berlaku di Sabah pagi tadi. - Foto BERNAMA
Gempa bumi Sabah: 29 murid, 2 guru dari Singapura terkandas..Berita Harian Online

JOSEPH Ebin, 40 (kiri), meneliti rekahan pada lantai rumahnya di Kampung Kiau Toburi, Kota Belud akibat gempa bumi di Ranau. FOTO Lano Lan
sumber Harian Metro * myMetro


Kebakaran yang mengeluarkan kepulan asap tebal dilaporkan berlaku di Putatan pagi tadi



akhirkalam


Mungkin inikah punca berlakunya gempa bumi di Sabah pagi ini:
-Kalau ikut adat setempat, ramai Sabahan bilang pelancong asing yang berbogel itu tidak menghormati semangat Aki Nabalu. -Kalau ikut Sains, ada yang bilang Gunung Kinabalu masih aktif dan berlaku pergerakan kerak bumi.-Kalau ikut Agama, boleh jadi bencana alam ini adalah satu musibah ataupun amaran agar kita sentiasa beriman di jalannya..Sabah Info





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?