Posts

Showing posts from June, 2015

Ulama PAS mula CEMAS RIMAS bro ! [VIDEO]

Image
Bila PAS melalui beberapa taukeh besar mereka mendambakan UMNO sebagai rakan perkongsian baru mereka, walau pun ditentang hebat oleh kumpulan progresif dalam PAS..maka terhasillah seperti yg terjadi dalam Muktamar PAS ke 61 lepas, kumpulan progresif kecundang habis dibersihkan oleh mereka yg menggelarkan diri sebagai pro ulama? 
Akibatnya akhlak dan budi ulama2 ini tidak menunjukan bahawa mereka benar2 cintakan adab Islam dalam 'persaingan' antara dua kumpulan ini..mereka, 'ulama2' ini tidak dapat meraikan perbedaan pendapat dan pandangan dari kumpulan lain dari mereka..akhirnya nilai dan komitmen tinggi yg ditunjukan oleh kumpulan progresif ini, tidak langsung dihargai? malah mereka dilabelkan pula dgn berbagai label dan jenama baru yg mengelirukan, semata2 untuk mereka ulama ini meraihkan cita2 mereka menduduki 'puncak kuasa' dalam parti, bagi mencorakan parti mengikut faham assobiyyah yg jahiliah ! ia ibarat ketinggalan zaman dan terkeluar dari landasan pemik…

Ibu Tiri itu Kejam ke? [Video]

Image
'Lela Manja' sebuah filem MFP mengisahkan kekejaman ibu tiri yang kejam..lakonan Nomadiah sebagai ibu tiri bertindak kejam kpd dua anaknya Lela dan Manja (lakonan Bat Latif dan Sri Rahayu Sudarmadji) semasa kanak2 dan Aziz Jaafar dan Zaiton semasa dewasa..Video ada di bawah.

Filem Itu zaman purba bro ! tetapi zaman sekarang ini, zaman serba canggih dengan maklumat ! masih ada segelintir lagi makhluk manusia yg waras, yg bernama ibu tiri bersifat mengalahkan 'binatang buas' bro ! Apakah mereka sudah hilang agama dan insaniah dalam diri sendiri? sekarang bulan Ramadhan..patutnya cerita macam ini sudah ditamatkan. 

kalau si bapa dah tak mampu 'menjaga' anak kandung sendiri di samping 'isteri' yg selalunya digelar 'ibu tiri' ? serahkan balik kpd ibu kandungnya sendiri...


Sebagai seorang Islam, patutlah semua pihak muhasabah diri semula..mereka yang belas kasih di bumi..nescaya di langit turut sama belas kasihNya ke atas kita..klik pautan di bawah bro..…

'Tindak tanduk pemimpin PAS malukan Islam'

Image
PAS sebagai parti Islam telah beberapa dekad. hampir menggamit kumpulan2 degil yg berprangsangka sebelumnya, telah berjaya menarik minat ramai terutama bukan Islam di seluruh negara..Tetapi ini kemundiannya musnah berserakan selepas kemenangan bergaya pada 2008..dan kemusnahan parti Islam itu mengikut kata Dr Hatta Ramli yg turut dikongsi bersama oleh Khalid Samad, adalah disebabkan kumpulan yg menggelar diri mereka 'ulama' tidak lagi memakai keindahan kalam dan akhlak budi dalam mengeluarkan pandangan dan tindak tanduk mereka ini atau kelaku mereka cukup buruk untuk diikuti.
Pendek kata ia cukup memalukan Islam kerana PAS adalah wadah parti yg bertunjangkan Islam.

Inilah agaknya yg menyebabkan lahirnya G18 yg diilhamkan oleh beberapa tokoh kepimpinan PAS Pusat dulunya yang tidak lagi betah dan serasi dengan UG atau Ulama Gelojoh dalam tindakan. 


Ada segelintir ustaz2 ceroi dan olamark mercun dok riuh rendah bagitau kalo ujud parti baru? semua tu akan berkubur? Kalo parti baru tu…

MESEJ DARI PENJARA YANG MENGGERUNKAN BN - Pembangkang akan muncul dengan lebih kuat – Anwar [VIDEO]

Image

Belum apa-apa PasMa dan G18 dah bergaduh Bro !

Image
Aku cukup 'give-up' cukup 'fedup' dgn perangai depa2 nie bro ! belum daftar lagi..dah capoi mulut tu ! biaq pi laa sama2 cari makan !  Mulut 'capoi' atawa mulut 'hebiaq' nie akan 'merangsangkan' sesuatu yg tidak baik dan tentunya akan mengeruhkan lagi sasaran pembangkang untuk menjayakan misinya di PRU 14 nanti.
Patutnya, kalo dah sama2 'pembangkang' ! cuba berunding hang aku..jadikan PASMA sebagai 'rakan' gandingan dalam G18 atau 'Liberal PAS' umpamanya..kan lebih meriah nanti..nampak pun cantik ! 
Tentu sekali PASMA kacewa bro ! aku tidak menyebelahi sesiapa pun dlm kemelut awal ini..cuma aku harap, masing2 bertemu, berjumpa di bulan baik ini, dan bermaafan ! soal dia ada sokongan atau tidak? ada tarikan atawa tidak? bukan isunya yg patut bro Hanipa tu pi dok serondoi rumahtangga PASMA? sekarang, kita nak tengok pembangkang 'bersatu' di bawah satu nama seperti Pakatan Rakyat dulunya, dan kalau boleh ujudkan semula …

Wadah Baharu Buat Pakatan Rakyat - G18 Dibentuk [VIDEO]

Image
Cantumkan aqidah dan akhlak - kata Mat Sabu kpd PAS..mafhumnya segala 'ulama' UGs kena ubah dulu perangai loklaq yang melekat rapat dgn mereka selama ini..begitu juga kata Khalid Samad dalam nada yg sama, 'cermin diri' dulu laa bro !
Wadah Baru? Harapan Baru untuk 'pembangkang' !  Kita tunggu.. Insya' Allah akan jadi realiti kiranya PAS sudah dimakan 'bubuk' dan 'anai2' kesombongan, angkuh, dan berakhlak buruk berdepan dgn sekutu politik dan para pengikut sendiri?


Tidak Kesal Tidak Berhak, Dah Habis? Apa Melalut nie Bro?

Image
Selepas terlepas cakap (kalo boleh sebut terlepas laa bro) dalam muktamar tempohari? bahawa muktamar mengambil keputusan memutuskan hubungan dgn DAP yang diketahui tidak dibahaskan langsung,,maka itu adalah keputusan PAS sendiri bro? Mukamad begitu? Nak kata apa lagi? Tu yg Ostad2 UG yg mahu kan? Terimalah ! jangan dok belit mcm ulaq sawa kenyang? Kah Kah Kah

So n so..selepas DAP respon balas dgn hasil muktamar itu, yg mafhumnya Pakatan atau Pact antara 3 komponen parti PAS, PKR dan DAP secara literalnya, difahamkan terbubar? demikianlah kehendak PAS sendiri bro..dah lama sangat dok canang? dok wirid? boleh hidup sendirian? dan entah bermacam lagi dgn maksud sama bro ! apa kejadahnya lepas itu macam2 dok bunyi pulak? sat kata lagu tu? sat kata lagu nie? Kah Kah Kah




Sapa kena 'main' dgn UMNO ? Siapa pula 'TOLOL ? {VIDEO]

Image
Hadi kena main dengan Umno isu hudud, kata Kit Siang..betul ke bro? betul laa tu kot? cer perhati ulasan bro GREENBOCdi blognya..

ULASAN GB

Hari itu haji Hadi mengucapkan perkataan TOLOL kepada sebilangan ahli PAS yang kononnya mahu berpecah. Sekarang ucapan TOLOL itu kembali kepada si penuturnya iaitu Haji Hadi sendiri. Dua kali Private Bill disenaraikan kedua-dua kali tidak dapat dibentangkan. Tidakkah TOLOL namanya jika masih mempercayai UMNO sokong hudud? Lim Kit Siang pun tahu PAS telah berjaya ditipu oleh UMNO. 

Yang menambahkan tololnya lagi ialah pihak parlimen meletakkan aturan mesyuarat yang melibatkan Private Bill di atas meja ahli-ahli Dewan Rakyat. Kononnya Private Bill itu akan dibentangkan oleh YB Marang, sedangkan YB Marang tidak berada di dalam negara, dia masih berada di Jepun. Bukankah itu TOLOL berganda namanya? Haji Hadi seolah-olah mempermainkan umat islam di negara ini, hantar Private Bill tetapi beliau sendiri terbang ke luarnegara semasa Palimen bersidang. Ponten…

Macam 'Ethnic Cleansing' kat pemimpin profesional PAS saja - Mat Sabu [VIDEO]

Image
Aku tak pernah tengok Mat Sabu punya marah dan kesal dgn 'lakonan' pemilihan di muktamar PAS ke 61 lepas bro !
sampai tara nie punya bara daaa ? Kah Kah Kah
awat tak macam tu bro? MS dan kumpulannya yg tewas tu nampak macam mereka di 'HALAU' diperambat keluar dari barisan kepimpinan tu..sudah macam tak 'berguna' lagi bagi kumpulan 'ulama' yg mendominasi kepimpinan utama PAS sekarang ini? 

Malaysia akan menyaksikan muafakat politik baharu tidak lama lagi selepas 18 pemimpin PAS yang disingkirkan dalam muktamar baru-baru ini melancarkan perhimpunan pertama mereka di Muar, Johor malam tadi. 

Politik pembangkang kian menarik bro ! kita tunggu dan lihat kerana dgn perkembangan ini..PR yg sudah 'berkubur' itu menghendaki satu 'platform' baru dlm menuju Putrajaya dan menolak total regim UBN pada PRU akan datang..



Dah minta sangat? orang pecatlah nanti merajuk pula ?

Image
aku ada satu cerita lama bro..
sorang kawan aku tu bergaduh dgn bini dia,
laki bini tu sepupu..kahwin sepupu laa bro !
masa depa gaduh tu, laki dia acah jer nak boh penampaq?
tapi yg si bini tu, asyik dok suruh penampaq berkali2 sampai
sua mukanya kat si laki tu...last sekali, si laki pun hayun la penampaq se das bro ! bukan berdas-das, sekali saja.

masa bersemuka dgn tok kadhi,...tok kadhi tanya?
apasal hang tampaq bini hang bro?
laki dia jawab - cer tuan pikiaq, saya tak mau penampaq dia,
tapi bila asyik dok sua muka suruh penampaq..saya bagi laa sekali..kalo tak kasi, nanti dia merajuk pula, pasai dok minta sangat ! 
Tok Kadhi kata, hangpa pi balik laa...kah kah kah

Begitulah bro..Bila PAS mencabar suruh DAP pecat ahli PAS yang memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri P.Pinang? maka DAP pun pecatlah Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri dan diberhentikan kerja, berkuatkuasa Jumaat lepas..kalo tidak tak pepasai PAS nanti merajuk pula..payah nak pujuk puak nie, kalo dah merajuk tu..ma…

Sentuhan Ramadhan - [video]

Image
Tinggal sehari dua lagi bro..kita akan menyambut kedatangan bulan yang mulia, yang dinantikan oleh segenap muslimin di serata pelusuk alam ini..Selamat Datang Ramadhan ! Kami rindukan sentuhan mu ya Ramadhan..untuk kami beribadat dan mengenali diri..moga Ramadan ini kita dapat tingkatkan kualiti ibadah sepanjang Ramadan Insya' Allah.

Siapalah Sangka Cempedak dah jadi nangka - Berat PAS kali nie !

Image
Siapalah sangka cempedak dah jadi nangka, nujum pak belalang tok nujum laa temberang ! La La La La La La.. Berat PAS kali nie bro ! Inilah yang terjadi lepas Mukatamar PAS 2015..

Apakah yang ada dalam kepala hotak pemimpin PAS yang baru dipilih ini apakah mereka ingat selepas putus hubungan dengan DAP mereka ingat DAP negeri tidak terikat dengan DAP pusat? Dalam PAS mungkin begitu sebabnya PAS terangganu tidak sama dengan PAS di kelantan atau kedah kerana pemimpin PAS dinegeri kedah boleh bekerja sama dengan DAP tapi di negeri kelantan dan terangganu PAS tidak mahu DAP bertanya khabar hal dalaman PAS jadi sekarang jilat lah semula apa yang telah dikatakan oleh presiden sendiri tanggunglah kesan dari keceluparan dan ketololan yang ditunjukkan oleh yang mengaku ulama.


Dalam bahasa kasar,pas ni telah membuang orang2 yang pandai yg ceghedik,tinggal golongan2 bodoh yg perasan pandai perasan ceghedik? lalu keputusan dibuat pun adalah keputusan yg bodoh.sekarang baru terasa bahana orang2 bodoh…

PAS ada saingan baru ? - [VIDEO]

Image
Hari ini, ada dua berita penting melakar politik Malaysia..
1. Pak Samad Said, Sasterawan Negara telah SAH menyertai   DAP..dan majlis gilang gemilang itu telah diadakan di Kg. Pasir Tumboh, Kelantan.
2. PASMA sebuah NGO yg baru ditubuhkan setahun jagung..telah merintis bagi penubuhan sebuah parti baru? yg tentunya akan menjadi saingan kpd PAS yg kurang disenangi ramai sekarang ini'.sama2lah kita menanti pengumuman rasmi samada dlm bulan puasa ini atau selepas aidilfitri nanti.

Kehadiran Pasma di pentas politik Malaysia telah dijangkakan sebelum ini bro ! Ini tentunya membuatkan PAS terkedu dengan berita ini..Kah Kah Kah 



A Samad Said Sahkan Sertai DAP Esok - [VIDEO]

Image
Pak Samad panggilan mesra Datuk A Samad Said, yang juga seorang Sasterawan Negara akan menyertai DAP esok bro !! itu pilihan beliau sendiri yg melihat parti itu memiliki segugus keyakinan diri dan lebih diyakini beliau. Aku hormati pendirian beliau bro !

Sejak PAS ditimpa kemelut dengan DAP sejak sekian lama, ramai melayu sudah tidak lagi berminat dengan PAS yang banyak cakap tetapi kurang tindakan, lebih2 lagi selepas Muktamar baru2 ini yang menjadikan partai itu kembali ke era 70an..kini melayu dalam PAS sendiri sudah berubah dan sedikit demi sedikit meninggalkan partai itu.

Aku mula minat dengan Pak Samad sejak tahun2 '60an lagi bro ! Novel Salina menjulang nama Pak Samad di samping lain2 karya beliau seperti Wira Bukit, Di Simpang Jalan, Hati Muda Bulan Muda, Sungai Mengalir Lesu dan banyak lagi menjadikan beliau antara sasterawan yang cukup prolifik sejak dulu hingga kini dengan puisi2nya yang berbisa seperti Peludah Warna dan lainnya. Sekalung budi untukmu Pak Samad. 



Mulut Cirit Birit ! Kebolehan Hebat UGs n De Gang [VIDEO]

Image
Kepimpinan baru PAS dilihat mengeluarkan berbagai kenyataan yg mengeruhkan lagi hubungan PAS-DAP bro ! Kenyataan2 cirit birit ini hanyalah sebagai 'kebolehan' utama PAS menghadapi serangan sekutu mereka dlm PR dulu..yg kini dah pun 'terburai'? sekali pun belum ada kenyataan rasmi..maka, kecekapan UG membuat 'statement' begini menambah lagi luka yang kian parah yg sedia ada.

Setelah usul yg dimuktamadkan tanpa bahas di muktamar lalu tidak dilaksanakan? PAS melalui kepimpinan baru UGs cuba mengalih isu dengan memburukan DAP bertali arus hanya untuk melindungi sang presidennya kerana pelbagai 'kerenah' dgn keputusan muktamar lalu.
Ia ada kaitan kerana PAS tidak laksanakan usul yang diterima dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 lalu...sikap 'main-main' dan 'acuh tak acuh' inilah yang menyebabkan DAP tidak senang dgn PAS ! seolah nampak PAS gagal dan tidak berani kotakan janji yang dibuat di muktamar itu.

Geng ulama cap siku dan lutut diketuai harun…

Kasiannnnnnn ! Rahsia Usul putus hubungan dgn DAP Tak Dibahas terbongkar sudah !

Image
Macam2 hal berlaku selepas PAS melalui muktamarnya baru ini membuat usul melalui Dewan Ulama, memutuskan hubungan dgn DAP tanpa bahas..
Di sinilah dilihat hingga sekarang pemimpin pro ulama sedang mengejas sesuatu, membetulkan serba tak kena bila DAP meminta mereka meletak segala jawatan dlm Kerajaan DAP P.Pinang.
Sandiwara dalam PAS terus dimainkan..hingga rahsia kenapa tidak dibahas pun usul tersebur dah terbongkar ! 

Kasiannnn .. cakap pun dah melilau, meraban- Kah kah kah



Puasa belum apa2 lagi? Dah kalut nak meriahkan HariRaya? - [VIDEO]

Image
Puasa belum lagi bro !
Ada beberapa hari lagi kita akan memasuki Bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan turunya Al-Quran, bulan menguji keimanan, bulan melakukan ibadah, bertarawikh, bertadarus, berinfaq dan sadaqah serta berbagai ibadah lain untuk mendekatkan kita sebagai muslim dengan Khaliq.

Tetapi, setengah orang melayu dah bercakap pasal kemeriahan raya, pasal ketupat dan rendang, lampu2 yg suram, tiada kemeriahan, bercakap sambil membanding dgn kemeriahan krismas dan perayaan agama lain? 

Bulan puasa, adalah bulan muhasabah diri, kemeriahan sebenar seorang yg berpuasa, ialah bila puasanya amat diharap diterima di sisi Allah, berpuasa dengan penuh kesedaran, dgn penuh keimanan dan pertimbangan - bukan menjadikan bulan puasa ini, bulan yg akan dimeriahkan dgn suasana yg bukan2, yg tidak terdapat dlm pertimbangan Islam pun, seperlunya hanya dgn melahirkan kemenangan melawan nafsu serakah semasa mengharungi puasa, sikap dan akhlak seorang muslim ditingkatkan, bukan membazir, boros menyediakan…

KEJAYAAN ERDOGAN MENGGERAKKAN UMAT DI WAKTU SUBUH -PETANDA KEBANGKITAN ISLAM DI BARAT

Image
Bro !
Aku peringatkan diri aku dahulu..
moga kita bersalat subuh berjamaah di mesjid atau surau !!

SUBKY LATIFF pernah berkata :Petanda kebangkitan Islam akan berlaku apabila keramaian jemaah  solat  subuh sama ramainya dengan solah Jumaat ! Mari kita lakukan ini di masjid-masjid di Malaysia !

Tetapi bro ! 
Mesjid dan surau kita lengang bila wktu fajar waktu subuh..Islam tidak akan bangun dgn cemerlang kalau umatnya melupai salat berjemaah subuh atau fajar ini.
Erdogan mampu menggerakan umat bagi memenuhi jalan2 raya dan mesjid di Turki untuk mengembalikan kecemerlangan umat Islam ini..
Turki yg tidur lena begitu lama dan pernah diinjak2 faham sekular tebal bawaan Mustafa Kamal Ataturk, kini bangkit sebagai sebuah kuasa besar Islam..Erdogan pernah mengungkapka bahawa di mana azan berkemandang di situ bumi kami bersama..Allahuakbar.



Padan Pun Pas dok tarik tali dgn DAP - Ini puncanya bro !

Image
Padan Pun Pas dok tarik tali dgn DAP - Ini puncanya bro? banyak sngguh jawatan yg diberikan pada PAS.

Bila Pas melalui usul Dewan Ulama di Muktamar ke 61 baru ini, mengusulkan mahu putuskan hubungan dengan DAP..di mana ianya tidak berfikir masak2 dan matang dan bila LGE respons suruh letak jawatan dan kepentingan dalam Kerajaan Negeri P.Pg? Barulah habih pakat becempera, melilau tak tentu arah...

Salahkan Dewan Ulamak laaa..sapa suruh buat usul tak pikiaq panjang. Dewan Ulamak jugak keluar senarai Chai tendang keluar semua golongan progresif drp kepimpinan PAS. Mat Sabu dan geng progresif lah yg bina kerjasama dgn PR dan DAP. Sekarang suruh la geng Ostad wat kerja. Bina la balik hubungan tu kalau korang nak jilat ludah sendiri...
kemundian tu pula bro...Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor Muhammad Najhan Halim mencabar Pulau Pinang memecat kesemua anggota parti Islam itu yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu.
Jangan cabar bro? nie laa perangai olamark tak cukup masak bro? sember…

Pakatan belum mati, hanya PAS yang tandatangani sijil matinya - [VIDEO]

Image
Selepas PAS membuat usul untuk memutuskan hububgan dengan DAP , kini PAS mengesahkan parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan rakyat.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu akan ditentukan dalam tempoh terdekat.
“Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2015-2017 mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

“PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan rakyat, tetapi ini tidak akan dilakukan pada mesyuarat pertama kita malam ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
apa punya turrr laa PAS nie..U-turn tak habih2,,

Betulkah Ahli PAS mula keluar parti?
kalau tidak banyak pun..tentu ada sikit2 di sana sini bro
Khabar angin anggota PAS meletakkan jawatan, kerana meragui hala tuju parti Islam itu selepas kumpulan progresif kalah besar dalam pemilihan minggu lalu, mula tersebar meluas.

Selepas kes dikatakan di Kedah, PAS Sarawak juga dikatakan berdepan keadaan sama.

Setelah dihujankan soalan bertalu-ta…

Memahami yang tersirat Pasca Muktamar PAS 2015

Image
Ada banyak benda yg tersirat selepas kumpulan progresif dalam PAS kalah total (kecuali Mazlan Aliman) dlm mutamar baru ini bro..anda boleh ari seniri yg tersirat itu...kah kah kah

Pertama..yang tersirat di sebalik 'tempelakan' Khalid Samad vs DAP
Kedua..kenapa senarai ‘chai’, pemilihan borong terpaksa digunakan pada Muktamar lalu?..mari kita berkongsi rahsia dgn Aishah tentang rahsia itu..



Selepas Muktamar June- UG dan PAS mula cempeghaa - [VIDEO]

Image
PAS putus atau tak putus dengan DAP nie bro?Usul memutuskan hubungan itu diluluskan tanpa bahas selepas PAS anjurkan pesta menghentam DAP – bermula daripada muktamar Dewan Ulama sehinggalah muktamar penuh Khamis hingga Sabtu lepas.Lepas tu macam2 pemimpin Pas dok bagi komen sana sini, antaranya Maffuz..Macam segheba tak kena jer bro ?Inilah akibat gelojoh sangat bertutur..bila nasihat TGNA dulunya, depa UG nie belakangkan supaya jangan biar ulaq yg sama ( Bn) patuk PAS..tapi depa tak dengaq bro !
Politik bukanlah seperti berniaga, tetapi politik ialah kebijaksanaan mengambil langkah mengalahkan musuh politik dengan menggunakan ilmu, strategi dan pengalaman! Mengharapkan bantuan musuh politik iaitu umno utk berkerjasama melaksanakan hudud di Kelantan tetapi dalam waktu yg sama mewujudkan pertelingkahan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat samalah seperti meletakkan leher PAS di mata pedang musuh tanpa perlu musuh bersusah payah memusnahkan PAS dan Pakatan Rakyat sekaligus! Melaksanak…

Seusai pemilihan di muktamar 2015, Apa makna ini semua? - [VIDEO]

Image
'Awas dalam jubah ada siku, kepala lutut'( 'Awas dalam jubah ada siku, kepala lutut' )..ayat ini datang dari seorang so called ulama dlm Pas bro !

Bahasa melambangkan budi, bahasa merujuk kpd akal, bahasa tentunya paksi komunikasi ampuh bagi mendekatkan 'musuh' atawa 'menjauhi 'musuh' atau siapa juga yang terkesan dgn bahasa dan tutur kalam itu..sebab yg bercakap tu ialah yg berjubah berserbanlah ? kita kesal bro. Kalau DAP yang bukan Islam bertutur demikian? kita tak berapa kisah sangat..kita tahu paksi pegangan dia..itu yg membeza antara kita dan mereka.


apakah 'ulama' ini tidak pernah meneliti ayat 159 Surah Ali Imran..kerna kalau kita keras terhadap mereka? nescaya mereka akan lari dari kita..rujuk ayat ini...



﴿فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ …

Gempa bumi di Ranau, Sabah - foto dan Video

Image
Setiap musibah yang menimpa manusia mesti ada sebabnya..gempa bumi di Sabah awal pagi 5 June 2015 ini..anda mampu mencari asbabnya...



Muktamar PAS ! Tak ada beza pun Dgn PAU ! [VIDEO]

Image
Orang Pas dgn Umno bukan ada beza sangat pun bro ! yang boleh bezakan hanyalah 'akhlak' mahmudah yg menjadi pakaian penganut2 Pas..kalo akhlak ini pun sama dgn akhlak dan budi umno? tak ada laa bezanya..

Dlm muktamar kali ini, grup profesional sudah tidak dapat 'mendiamkan' lagi watak dan perangai jelik so called pro-ulama tu bro ! hangpa boleh tengok bagaimana Hanipa Maidin selaku AJK Pas Pusat di boo( video) oleh perwakilan yg pro-ulama kononnya..Hanipa dapat jaga akhlak murninya sekali pun di boo begitu..dan 'mengajar' semula etika sebagai manusia...

Hadi gagal mendamai dua pihak yg berbeza pdpt dan hanya mampu membuat gelaran seperti 'barua', 'tolol' dan m'menghalau' depa keluar dari Pas? Ini kelemahan bro! Hadi ternyata gagal jadikan dirinya seorang ketua bergelar 'ulama' tersohor? Ketua kena adil pertimbangannya bro ! kalo berat sebelah? habislah. Baik jngn jadi ketua...Kah Kah Kah

Hadi juga sering belakangkan keputusan mesyua…

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]

Image
UG adalah suatu entiti utama yang menjadikan, menyebabkan PAS berpecah bro ! orang Pas yg waras melihat ini sebagai suatu 'agenda' tersusun dan teratur bagi membolehkan sekerat dua kerat 'pelakon2 utama' dalam UG mendapatkan laba dan keuntungan pribadi kiranya perkara ini menjadi realiti sebenar..bukan ikhlas pun..aci tengok laa nanti kalo depa mampu tunaikan hasrat itu? dan Umno yang jadi pujaang mereka? nak lurut kepala depa atau nak sekeh depa balik kalo impiana umno melalui depa2 nie kecundang?Benda nie bukan baru bro! ..mereka cuba melemahkan 'kemaraan' kumpulan profesional umpamanya dengan pelbagai gelaran seperti 'anwarinas', 'parasit', 'jebon' elharaki...dan seumpamanya..maka, semaraklah 'fitnah' di sana sini angkara UG bro ! Mereka lebih rela PR hancur berantakan, berkecai? agar hasrat UG mereka akan tercapai..dan UMno akan berpesta sakan bro.Semasa rencana ini ditulis, Nik Abduh telah mengalahkan Suhaizan Kaiat bagi ker…

KENAPA HAJI HADI HARUS BERUNDUR ?

Image
Setelah membaca ini, anda mungkin bersetuju dan juga boleh tidak bersetuju atas 'statement' yang diutarakan olehRakyat BangkitTerpulang pada anda untuk membuat penilaian..rehatkan minda dan telaah semula untuk setuju dalam tidak bersetuju? 

Kebenaran berasaskan sejarah, menjadi suatu dokumentari terbaik sepanjang masa. Sejarah tidak akan membohongi sesiapa..hanya kita yg membohongi sejarah? tetapi sejarah tetap berseni dan melakar nilai kepada kita untuk siapa juga yg inginkan kebenaran.