CYCLOTOUR - Hari 43;/44 Kota Samarinda - Pantai Pemedas, SambojaSudah Tiba - Foto Hebat !

Budak2 aku sekarang sudah menghampiri ibu kota Kalimantan, Banjarmasin bro ! tapi aku siar yang ini dahulu, Balik Papan pun belum aku up bro walaupun skrip dan foto sudah ada..Sabor...terima laa ini dahulu


Hari 43/44; Kota Samarinda - Pantai Pemedas, Samboja
6 Mei 2015, Rabu
82km



1. Semalam, pihak penjaga masjid raya tu cuma benarkan kami tidur di tepi pintu2 masjid (kaki lima masjid). Dah la open, terang dengan spotlight, mengadap jalan, tembok keliling masjid mudah2 dilangkah orang, anjal (anak jalanan) riuh rendah sekeliling tembok tu. Memang kurang selamat.



2. Di masjid ni ada 3 bilik musafir, tapi hanya untuk imam. Pelik. Terang2 tulis di pintunya 'Bilik Musafir'.

3. Lepas makan nasi goreng bungkus, Daniel Wizards tanyakan pada penjaga masjid, pak Gusti dan pak Dani mana2 ada bilik tumpangan yang murah, asalkan aman. Pak Gusti setuju tunjukkan jalannya.




4. Masuk celah2 rumah orang, lebih kurang macam setinggan. Rumah2 bertemu atap. Biliknya di tingkat atas, ada kurang lebih 7 bilik. Di sini bilik begini dipanggil 'kost'. Ada yang berkelamin tinggal sini. Depan tangga ada ruang tv, pastu bilik2 di kiri kanan. Hujungnya ada ruang kecil dapur, kiri kanan ada bilik air / tandas kongsi. Ada besen yang direndam baju, ada perkakas mandi ramai orang. Teringat filem P.Ramlee, Masam-masam Manis.



5. Walau bilik macam tu, terbangun lewat jugak, pukul 7. Mandi, subuh, turun. Tuan rumah jamu air teh, bual2. Pastu kami terus keluar hala ke Balikpapan. Tapi kami tak amik jalan utama ke Balikpapan, kami amik jalan pinggir ikut Muara Jawa dan Handil. Mungkin jauh sikit, tapi tadak banyak bukit2 yang terpacak. Santai2 aja.



6. Simpang Sanga-Sanga amik kanan. Beli nasi bungkus Rp10,000 sorang 2 bungkus, bekalan tengahari nanti. Matahari terpacak, kami singgah masjid Nurul Hidayah. Mandi, makan bekalan, solat, bual2 dengan jemaah masjid, rehat.


7. Jam 3 gerak ke hala ke Balikpapan. Lalu Muara Jawa, Handil hulu, Handil hilir, Handil darat, Samboja sampai Pantai Pemedas. Dari Muara Jawa jalan dah banyak rata dan lancar. Area ni pun dah ada sawah bendang.



8. Selama ni tengok banyak masjid yang tengah renovate, hairan jugak. Masjid kat sini baru bina ka apa. Rupanya memang budaya sini memperelok, menghias dan mencantikkan masjid sempena nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan.



9. Anak2 kat Kalimantan ni semuanya faham dan boleh bertutur bahasa melayu Malaysia. Ini semua gara2 kartun Upin-Ipin, Boboi Boy dan Pada Zaman Dahulu. Tiap petang semua tercongok depan tv tengok Upin-Ipin. Betul betul betul....

10. Sampai Pantai Pemedas, kami cadang nak khemah ja kat sini. Sebelum tu, singgah rumah makan kat depan tu dulu. Belakangnya ada kolam pancing. Lepas makan, sembang dengan pak Ali Tofan, empunya rumah makan ni. Dia izinkan kami bermalam di pondok2 pelenggar atap rumbia miliknya di tepi pantai ni. Katanya, tak perlu minta kebenaran pak ketua RT (Rukun Tetangga), tanah ni miliknya. Alhamdulillah..




11. Lepas mandi dan solat di musolla, kami ke pantai. Gantung hammock, sidai baju, lepak baring atas pelenggaq. Sambil baring2, sembang topik 'Kalau aku kaya'. "Kalau la kita kawan baik dengan Sultan Brunei, siap boleh melawak tampar bahu..............."

12. Sebijik macam cerita P.Ramlee, Labu-Labi. Memang betui cerita tu, kalau lepak atas pangkin, pelenggaq atau beranda waktu malam, baring2 sambil tunggu mata nak pejam, mesti akan keluaq angan2 merapu... 


13. Sedap dapat tidur tepi pantai camni. Banyak hari dah asyik dok rasa suasana hutan dan bukit ja.


foto2 menarik 
seputar di Samarinda
hasil kiriman budak2 aku bro !

























rehat di masjid Jannatul Falah dekat Borneo Paradiso. Mandi, solat, rehat. Paan dengan Mat Den pi cari bengkel besi, repair rack belakang gerek Paan yang patah kiri kanan.





Malam keluar makan seafood di Ocean Resto tepi laut. Mejar Daud, anggota tentera darat Malaysia yang bertugas di Balikpapan ni pun join mai makan. Dia dah setahun di sini. Alhamdulillah... lama tak rasa perut sengkak..







next session lagi hebat bro !




Comments

  1. aku mmg suka tgok tmpt org best bro.
    Allah maha kaya n maha hebat segalanya.

    ReplyDelete
  2. travel mmg test our strength bro but as we round de world a lot of experience we can get n de experience we never get when we read a book alone.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?