1 May dan #batalGST - Foto dan 3 Video Menarik Segar dari lokasi

Perhimpunan menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, sebulan selepas ia diperkenal.
Ia kebetulan jatuh pada Hari Pekerja hari ini.

Kumpulan masyarakat sivil yang menganjurkan himpunan jalanan di ibu kota membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hari ini, berharap acara itu akan menjadi tidak partisan dan meminta tiada ucapan berunsur politik dibuat.

Himpunan Hari Pekerja itu, yang akan bermula di beberapa lokasi di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, disokong Bersih 2.0, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), serta beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) dan juga pembangkang.

Tetapi, satu posting di akaun Facebook penganjur Bantah GST/Reject GST menyatakan, tiada ucapan oleh ahli politik dalam himpunan itu.

“Acara itu mula jam 2.30 petang dengan ucapan ringkas oleh persatuan dan wakil NGO. Tidak ada ucapan parti politik,” kata post berkenaan..www.themalaysianinsider.com

Ikuti foto dan Video menarik di bawah




HIMPUNAN BANTAH GST
KUALA LUMPUR, 1 Mei: Himpunan Aman bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diadakan serentak di seluruh negara bersempena dengan Hari Pekerja, hari ini. Perhimpunan ini disertai kumpulan-kumpulan masyarakat dan NGO seperti Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), DEMA, Saya..BACA ARTIKEL PENUH





A protester with the headband ‘Bantah GST’ (oppose GST) seen near Masjid Jamek. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, May 1, 2015



Protesters display placards that read 'Undur Najib Undur!!' (quit Najib, quit) while making their way to the Kuala Lumpur City Centre. – The Malaysian Insider pic by Kamal Ariffin, May 1, 2015

Video 1

Lebih 10 ribu ke KLCC tuntut mansuh GSTPublished on 01 May 2015Jumlah hadirin himpunan #BantahGST bertambah ramai dan anggaran awal tidak kurang 10,000 yang berada di sekitar Dataran Merdeka ketika ini dan lebih ramai lagi dijangka hadir.
Ramai juga berkumpul di hadapan bangunan Dewan bandaraya Kuala Lumpur. Kelihatan juga kira-kira 100 anggota polis yang memanatau perkembangan himpunan itu..kinitv





Seorang peserta himpunan Hari Pekerja berhampiran Masjid Jamek, Kuala Lumpur memakai topeng bantah GST. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 Mei, 2015.


Peserta perhimpunan yang memakai t-shirt berwarna merah, mula membanjiri Jalan Tun Perak – foto TRP/Daniel Chan



Orang ramai mula berkumpul untuk berarak menyertai himpunan Hari Pekerja di ibu kota Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 Mei, 2015.


Video 2

3:41pm: Puluhan ribu mula bergabung ke Dataran MerdekaPublished on 01 May 2015
Orang ramai dari beberapa lokasi tempat berkumpul mula bergabung dengan jumlah anggaran lebih 10,000 yang hadir.
Peserta demo yang berpakaian serba merah itu membentuk 'lautan merah' dan sedang menuju ke Dataran Merdeka..
kinitv







2 petang..Orang ramai berhimpun di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dekat Dataran Merdeka. – Foto TRP/Daniel Chan

Keadaan semakin sesak – Foto TRP

Video 3


3:00pm: Peserta demo tuntut Najib berundurPublished on 01 May 2015Keadaan lalu lintas di sekitar Jalan Tun Perak mulai sesak dengan kira-kira 2,000 peserta himpunan #BantahGST membanjir kawasan itu.
Pemandu bagaiamanpun menyambut baik kehadiran mereka dengan membunyikan hon sebagai tanda sokongan.
Laungan "Undur Najib, Undur" terus bergema..Kinitv

4.40 petang: Peserta perhimpunan #bantahGST tiba di KLCC untuk berkumpul dalam kumpulan besar.

Sempat juga bro kita buat bisnes !Kah Kah Kah

Videoo akhir


4:30pm:Hampir 20,000 kini di KLCCPublished on 01 May 2015
Semakin ramai peserta himpunan #BantahGST mula tiba di bangunan KLCC. Setakat ini dianggarkan hampir 20,000 yang menyertai bantahan itu.
.kinitv



Sumber - M-star - Malaysiakini -therakyatpost - themalaysianinsider






Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?