Sejarah Aqidah ! آسيا بنت مزاحم - Asiah Isteri Firaun ! [VIDEO]

آسيا بنت مزاحم - 'Asiah Bt Mazahim' adalah nama isteri Firaun yang tidak pernah ditidurinya kerana satu perjanjian yg termetrai antara Asiah dengan Firaun ! Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Asiah bt Mazahim walaupun sebagai Permaisuri di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya serta para kroninya.

Inilah kehebatan dan ketinggian 'aqidah' yang dimiliki oleh mereka terutama wanita yang beriman bak besi waja...tidak gentar dengan ancaman musuh yang juga bergantung nyawa, rezki dan hidup kepada Allah Taala. Bak kata hukama', "Kalau takut dengan risiko ! jangan bercakap soal perjuangan"..


Asiah bt Mazahim - (Isteri Firaun)
نساء من أهل الجنة
Wanita Ahli Syurga




الملكة المؤمنة آسيا بنت مزاحم
(زوجة فرعون)
Permaisuri Beriman
Asiah Bt Mazahim (Isteri Firaun)

Antara wanita syurga
Asiah bt Mazahim
Isterinya firaun 

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Tersebutlah kisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai firaun yang terkenal dengan kezaliman dan kekejaman. Setelah kematian isteri, firaun hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itulah ada seorang gadis jelita yang bernama Asiah binti Mazahim dari keturunan Imran. Asiah binti Mazahim sering menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemudi kerana ketinggian keperibadian dan kecantikannya. 

Permaisuri Mukminah (Beriman)
Asiah bt Mazahim
(Isteri firaun)

Kisah kejelitaan Asiah ini telah sampai ke telinga Firaun sehingga beliau teringin untuk memperisterikannya sebagai permaisuri. Maka Haman, menteri Firaun diutuskan sebagai rombongan meminang namun sayang sekali telah ditolak oleh Asiah. Ini kerana bagi Asiah, Firaun adalah seorang Raja yang zalim serta tidak beriman kepada Allah SWT. Apabila mengetahui pinangannya ditolak Firaun marah lalu memerintahkan agar kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Lalu mereka ditangkap dipenjara dan diseksa. Hal ini membuatkan Asiah terpaksa menerima lamaran Firaun dengan beberapa syarat : 

Firaun hendaklah membebaskan kedua ibu bapanya. 
Menyediakan rumah yang selesa lengkap dengan perkakas.
Firaun mesti menjamin kesihatan kedua ibu bapanya tentang makan dan minumnya. 
Beliau bersedia menjadi isteri atau permaisuri Firaun dan sudi menghadiri acara-acara tertentu tetapi tidak tidur bersama Firaun. 
Sekiranya permintaan-permintaan ini tidak dipersetujui beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya. Akhirnya, Firaun setuju dengan permintaan Asiah ini. Lalu Aisyah dan kedua ibu bapanya dibebaskan daripada penyeksaan Firaun. 

Tuhanku..Binakanlah bagi aku sebuah rumah
di sisi Engkau di dalam Syurga
(doa Asiah kpd Allah ketika menghadapi
siksaan firaun)..lihat Ayat 11 At-Tahrim

Firaun mempunyai seorang pegawai yang dipercayai bernama Hazaqil. Hazaqil seorang yang taat beriman kepada Allah dan merupakan suami kepada Masyitah iaitu tukang sisir rambut anak Firaun. Hazaqil dan Masyitah dihukum bunuh. Hazaqil telah dihukum bunuh dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma lalu dipanah dengan kejam. Manakala Masyitah iaitu tukang sikat rambut ini pula dicampakkan kedalam kawah panas. (akan dikisahkan pada siri yang lain).

Hal ini, membuat Aisyah tidak menyembunyikan lagi keimananya kepada agama yang dibawa oleh Nabi Musa as. Dia tidak menyangka Asiah telah mengikuti ajaran Nabi Musa as. Walaupun Asiah telah dipujuk oleh Firaun dengan ditawarkan dengan kekayaan dan kemewahan. Hal ini sedikit pun tidak mengoyangkan keimanan Asiah daripada berganjak dari ajaran yang dibawakan oleh Nabi Musa as. Malah Asiah berkata:"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai Allah. Allah yang menciptakan saya dan saya tetap dengan agama ini. Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu." 


Usaha Firaun memujuk isterinya, Asiah secara lemah-lembut menemui jalan buntu. Lalu Firaun menggunakan jalan kekerasan pula iaitu dengan cara menyeksa Asiah. Asiah diseksa dengan kejam oleh Firaun dengan cara dijemur ditengah panas dibiarkan kepanasan, kehausan dan kelaparan serta dibiarkan kesejukkan dingin malam berhari-hari. 


الملكة المؤمنة آسيا بنت مزاحم (زوجة فرعون)
فاستجاب اللَّه لدعائها، وكشف عن بصيرتها، ورأت مكانها في الجنة فضحكت وأسلمت الروح إلى بارئها.
الملكة المؤمنة آسيا بنت مزاحم (زوجة فرعون)

Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga dengan kehendak Allah SWT yang membuka hijabnya. Hatinya sangat tenang sehinggakan lupa pada segala penyeksaan dan kesakitan yang dialaminya. Selepas beberapa lama diseksa dengan teruk Firaun maka Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimah Allah di mulutnya. 

Begitulah kisah wanita yang berhati waja dan tetap dengan keimanan kepada Allah SWT walaupun diseksa sehingga mati tanpa belas kasihan. 

Sumber :  forums.fatakat.com  At-Takwa 


آسيا بنت مزاحم - زوجة فرعون - مترجم


Bagaimana
anda nak membentuk
seorang isteri menjadi solehah?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Mafhumnya...
"Sebaik2 wanita(isteri) 
ialah yang menyenangkan anda, bila anda melihat dia..
dan taatkan anda bila disuruh,
Dan menjaga dirinya juga harta anda ketika anda 
tiada di sisinya (berpergian)"



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video