Salam Sayang Permatang Pauh ! [VIDEO]

SPR dah umum calon2 yang berentap kat Ptg Pauh bro ! empat calon akan tentukan nasib mereka pada 7 May nanti...Sebentar tadi SPR telah dgn rasminya umumkan nama2 calon.

Macam2 keletah puak BN, tentunya Umno bro ! bagi meriahkan hari penamaan calon ini...Putri Umno turut kelihatan dan menarik pandangan ramai bro ! Kah Kah Kah

Mustafa Ali turut kelihatan bersama Wan Azizah dan LKS, juga Mat Sabu di hari ini..selain LGE dan Azmin Ali. Apakah dengan turunya Mustafa Ali? Gendang 'songsang' YDP Pas Ptg Pauh tu akan lenyap? kalau mereka masih bertegas dengan apa yang telah merela luahkan dahulu? patutnya mereka insaf dan bertaubat ! kerana Wan Azizah pun sudah 'memohon maaf' kpd Pas atas apa yang tidak disenangi ?









Pertandingan 4 penjuru di PRK Pmtg Pauh

10.30am:Pegawai pengurus pilihan raya, Husni Ismail mengumumkan empat orang calon akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Selain calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan calon BN, Suhaimi Sabudin, dua lagi calon ialah Azman Shah dari Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas, Salleh Ishak.



Husni juga mengumumkan bahawa Salleh akan menggunakan simbol kunci.

10am: Pegawai pengurus pilihan raya, Husni Ismail mengumumkan proses penyerahan borang pencalonan ditutup.

Sementara menunggu Datuk Seri Wan Azizah yang masih berada di dalam pusat penamaan calon, penyokong PKR menjamu selera di gerai-gerai di situ serta mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.



9.16am: Dua calon Bebas dikatakan mengemukakan borang pencalonan mereka di pusat penamaan calon.

Bekas ahli Umno Abdullah Zawawi Samsudin (kiri), yang pada mulanya merancang untuk bertanding, telah memutuskan untuk menarik diri selepas diberitahu ada dua calon bebas yang lain.

Dia meminta maaf kepada penyokong dan berharap mereka faham.

"Tak apa, PRU depan tak lama lagi - dalam masa kira-kira tiga tahun lagi. Saya akan kaji profil semua calon sebelum menyatakan nak sokong siapa," katanya.



9.15am: Satu lagi kumpulan perarakan BN tiba dengan membawa bendera BN.

Seorang pesertanya, V Arigarin, 57, berkata beliau menyertai perarakan hari ini bagi menyatakan sokongan kepada parti itu.



Beliau yang hadir bersama isteri dan anaknya berharap agar BN dapat memenangi plihan raya kecil kali ini.

9.13am: Jalan Berapit, Bukit Mertajam: Penyokong BN berdiri menghadap jalangan dawai duri.

Mereka duduk di tepi jalan sambil berkipas. Ada yang cuba menyanyikan lagu 'Negara Ku' tetapi tidak jelas.

"Nyanyi macam tak makan pagi," laung seseorang di situ, menyebabkan semuanya ketawa.

Tiada ucapan politik ketika penyokong BN mengebar bendera biru yang tertera logo 'dacing'.

9.05am: Calon BN dan PKR - Suhaimi Sabudin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - berada di dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang mereka.



8.50am: IKBN - Ahli Umno cawangan Alma, Salleh Isahak, 53, yang juga seorang ahli perniagaan, berkata beliau akan bertanding sebagai calon bebas. Dia tidak kisah kemungkinan boleh dipecat oleh parti.

Salleh dilahirkan di Permatang Pasir, iaitu salah satu daripada tiga kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh.

Beliau menubuhkan sebuah NGO, Persatuan Bakti Ikhlas Malaysia awal tahun ini dan mahu berjuangan untuk Islam dengan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

8.45am: Kumpulan daripada BN tiba d pagar halangan kawasan berhampiran IKBN Bukit Mertajam. Selepas calon dan Tan Sri Muhyiddin masuk ke kawasan penamaan calon, berlaku sedikit tolak menolak apabila orang ramai ingin memasuki kawasan penamaan calon.

Bagaimanapun, keadaan selepas itu terkawal.

8.30am: Simpang Tiga Mengkuang Titi - Pemimpin PKR dan penyokong kini berarak ke pusat penamaan calon.

Mendahului perarakan adalah anggota Kita Lawan serta diiringi laungan 'Hidup rakyat'.

Sekali sekala, perarakan berhenti untuk memastikan mereka tidak bergerak terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan.

8.30am: BN memulakan perarakan dari Jalan Berapit menuju ke pusat penamaan calon di IKBN Bukit Mertajam.

Perarakan itu diketuai oleh Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon BN, Suhaimi Sabudin bersama isterinya.



Turut kelihatan ialah Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Perarakan seramai kira-kira 1,000 orang itu diiringi dengan nyanyian lagu "Inilah barisan kita" dan laungan "hidup BN".

8am: Perebutan kerusi Parlimen Permatang Pauh secara rasminya bermula hari ini dengan calon-calon yang akan bertanding serta penyokong mereka berarak ke pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia di Berapit, Bukit Mertajam.

Proses pencalonan akan bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi ini, manakala pengundian ditetapkan pada 7 Mei, selepas dua minggu berkempan, dengan pengundian awal pada 3 Mei.

BN meletakkan harapan kepada Suhaimi Sabudin , 44, seorang juruukur bahan, manakala PKR sekali lagi memilih Presidennya,  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 63, sebagai calonnya untuk kali ketiga.

Terdapat kemungkinan calon Bebas akan turut bertanding.

Sejak kerusi itu diisytiharkan kosong pada 30 Mac, BN dan Pakatan Rakyat - dua pesaing utama bagi kerusi tersebut - telah mula berkempen.


Pemimpin utama kedua-dua parti itu turun melancar pusat operasi pilihan raya, memberi ceramah dan bertemu pengundi.

Kempen Pakatan dijangka tertumpu kepada isu berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 1Malaysia Development Berhad.

Manakala BN kali ini turun dengan slogan 'Cukuplah, kali ini kami pulak'.

Bagaimanapun, ia mungkin menjadi satu usaha yang sukar bagi Pakatan dan BN, kerana kedua-dua pihak kini dilemahkan oleh perpecahan dalaman.

Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR yang diwakili oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1982.

Beliau kehilangan kerusi itu sebanyak dua kali. Yang pertama apabila beliau dijatuhi hukuman penjara enam tahun antara tahun 2001 dan 2006 atas sabitan tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan tuduhan liwat pertama terhadapnya.

Anwar hilang kerusi itu sekali lagi awal bulan ini apabila keluarganya gagal untuk mendapatkan pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong dan beliau kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan tuduhan liwat.

Wan Azizah adalah ahli Parlimen Permatang Pauh apabila beliau memenangi kerusi itu pada tahun 1999 dan 2008.


Beliau kemudiannya melepaskan kerusi tersebut sejurus selepas pilihan raya umum 2008 untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil di situ..Mkini.





PRK Permatang Pauh: ‘We are underdog’ – Muhyiddin
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidddin Yassin ditemui pemberita selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara di sini hari ini. Turut kelihatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Suhaimi Sabudin. - Foto Adib Hakim..therakyatpost




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?