Permatang Pauh Kian Membara ! Bila Semua 'rasa' diri 'Ulama'?

Aku tak ambik kisah sangat Prk Rompin bro ! tapi beberapa kenyataan pimpinan tertinggi PAS dalam percaturan di Prk Ptg Pauh nampak berserabut sikit..kah kah kah

Bila ada akar umbi yang merasa diri terlebih 'ulama' ! dan diamnya MSU serta pimpinan atasan PAS ? maka hubungan akrab dulunya dah jadi 'bunga taik' sekarang ini? keruh di hulu dah lama bro ? sekarang kena dan terpaksa tutup hidung pula bila ada kenyataan 'ulama' jadi2an bila ada Prk ini membuat kenyataan 'haram mengundi calon tolak hudud' ? apa lagi kenyaatan ini disambut mesra di muka depan oleh utusan ! Inilah bahana bila ramai sangat rasa diri jadi 'ulama'? mudah sangat nak 'jatuh hukum'? 

Awat depa nie tak baca ke kenyataan Dr. Yusuff  Al-Qaradhawi tentang 'hudud'..tentang mendahalukan yang utama seperti menyebarkan keadilan Islam untuk semua rakyat . Dan pendapat ini pernah dipersetujui oleh Hadi dulu dan beliau menyatakan Hudud hanya 0.001% dari ayat ayat Qur'an.








Syura PAS 
digesa jawab 'fatwa Permatang Pauh'


Rentetan kemelut kerjasama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pemuda PAS menggesa Majlis Syura parti itu menegur seorang ulama akar umbinya yang mengeluarkan 'fatwa' berkaitan hudud 
Menurut dewan itu, pandangan Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman bahawa “haram mengundi calon tolak hudud” boleh mengundang masalah kepada peluang pembangkang.
“Apa yang dia katakan boleh mewujudkan sedikit masalah, jadi kita minta teguran itu dibuat oleh Majlis Syura Ulama,” kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini. 
Beliau juga berkata Badrul seharusnya merujuk kepada Majlis Syura, badan tertinggi dalam PAS, untuk membuat kenyataan berkaitan hukum hakam.
Sambung lagi baca bro! Syura PAS digesa jawab 'fatwa Permatang Pauh'


Adakah ini 'kenyataan' seorang ketua sebuah partai Islam?Kenyataan cukup berbelit-belit?



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghormati keputusan akar umbi PAS yang dilaporkan akan memboikot kempen PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh atas alasan parti itu menolak hudud.
Bagaimana pun katanya, beliau yakin pendirian itu tidak menjejaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh.
"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," kata Hadi pada satu program Bicara Minda & Sesi Dialog di Shah Alam hari ini yang bertajuk 'Hudud dari Kaca Mata Hadi'..www.themalaysianinsider.com


seperti kata GB (rakan blogger).. 

Apakah ini petanda jelas bahawa PAS amat memerlukan seorang Presiden yang baharu jika PAS mahu terus kekal dalam Pakatan Rakyat?

Kah Kah Kah


Politik Matang


FB - Dr Wan Azizah Wan Ismail
KEADILAN mahu rakyat di Rompin mengambil peluang menyatakan bantahan terhadap GST, menolak BN dengan mengundi calon PAS..


Bila lihat cara KEADILAN tangani dan beri sokongan kpd PAS di Prk Rompin...dan bila PAS buat kenyataan seperti di atas...terserlah kematangan di satu pihak dan terserlah 'amarah' dan 'dendam' di pihak satu lagi...Memalukan. Bila yang mendakwa dakwi dan bercakap atas platform 'agama' tetapi perangai dan budi tidak menunjukan mereka tu 'beragama' dan tidak 'apply' agama dalam tindakan dan tutur kata..tetapi lebih bersifat 'dendam' dibenak sanubari? khulasahnya kita pegang hasil dari cakap dan tindakan mereka bro!



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video