Pemuda PAS P.Pinang makin Kalut Dgn Ptg Pauh? [VIDEO] Kah Kah Kah

Makin dekat dgn pembuangan undi di PRK Ptg Pauh 7 May ini, Pemuda Pas Pulau Pinang dilihat semakin kalut menjaja bahawa mereka tidak akan membantu PKR dlm PRK itu nanti? Kah Kah Kah

Awat Pemuda Pas P.Pg nie dah berasa besaq kepala? dah makin angkuh? Siapa dia YMPiah nie yg nak 'boikot' Prk Ptg Pauh tu? Sungguh memalukan. Elok lepas ini ajak anak buah hang keluaq PR dulu ! senang cerita bro ! Ada dlm PR..tetapi berperangai loklaq macam nie? Kah Kah Kah


Wan Azizah pun khabarnya dah mohon maaf...tetapi sayap pemuda Pas P.Pinang tetap bertegas dengan 'agenda' mereka tidak akan membantu di Prk itu nanti? Mereka bertegas sebab ada orang atas PAS yg menyokong tindakan budak2 kanyaq nie bro!?


Aku rasa PKR pun tak laa heran sangat dengan gertak dan ugutan Pemuda Pas P.Pinang nie bro.. jentera Pas yang lain akan tetap bersama dengan  Mat Sabu dan Mujahid Yusof Rawa...bagi membantu kemenangan di Prk ini! Insya' Allah.




Yusni Mat Piah


Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh.    Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berkata keputusan itu diambil selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun diberi tempoh sehingga semalam..Sumber

Kepimpinan PAS telah membuat keputusan. Begitu yg dinyatakan oleh Mujahid Yusof Rawa..katanya,
"Kami akan menyokong calon Pakatan Rakyat di Permatang Pauh. Siapapun calonnya, kami sokong". 
“PAS setia dengan perjuangan agar PKR mengekalkan kerusi di Permatang Pauh.” Mujahid berpendapat tindakan Yusni melampau.

So bro! Sapa laa sangat Yusni anak Mat Piah nie? tu pasai aku kata cukup menjengkelkan ! Perasan. Inilah kamjat politik dalam Pas Pulau Pinang. Maaf.


Sumber imej - Theantdaily

Sebilangan akar umbi PAS di Pulau Pinang dipetik berkata mereka tidak menyokong presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai calon pilihanraya kecil Permatang Pauh. Ketua pemuda PAS negeri Mohd Yusni Mat Piah pula seakan ikut kepalanya sendiri. Beliau berkata sayap pemuda PKR dan DAP perlu memohon maaf kerana mengkritik presiden PAS Abdul Hadi Awang yang bakal membentang Rang Undang-Undang Hudud. “Mereka perlu mohon maaf dahulu sebelum meminta kami membantu di dalam pilihanraya kecil ini,” kata Yusni. Lima tahun lalu, ketua pemuda PAS negeri Mohamad Hafiz Nordin dibuang PAS kerana menyelar DAP. Sebelum itu ketua penerangan PAS Permatang pauh Jamsari Samad menasihati PKR agar tidak memilih ahli keluarga bekas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim bertanding bagi kerusi Permatang Pauh.
Apabila pandangannya diminta, ahli PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa seakan tidak kisah ini semua. Katanya Jamsari telah menerangkan pendapatnya dan sengaja mencari masalah. Jamsari mungkin dibawa ke lembaga disiplin kerana dilihat mensabotaj kepentingan PAS. “Kepimpinan PAS telah membuat keputusan. Kami akan menyokong calon Pakatan Rakyat di Permatang Pauh. Siapapun calonnya, kami sokong. “PAS setia dengan perjuangan agar PKR mengekalkan kerusi di Permatang Pauh.” Mujahid berpendapat tindakan Yusni melampau
Sumber Theantdaily ( Pendirian anti-PKR: Apa dah jadi dengan PAS Pulau Pinang )




Pak Abu - Foto Malaysiakini
ADUN Hulu Kelang Saari Sungib berkata PAS seharusnya keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya rakyat tidak dapat lagi menerima mereka dalam gabungan pembangkang itu.
Beliau yang kini digantung keahlian selama setahun berkata badan pengkaji Merdeka Centre perlu membuat kajian terhadap rakyat dan pengundi sama ada PAS masih lagi relevan dalam pakatan pembangkang itu ataupun tidak.
"Banyak orang tidak puas hati, dalam parti, luar parti, dalam Keadilan, dalam DAP, dalam Pakatan Rakyat, pengundi, penyokong, pelbagai lagi.
"Dari segi semangat (PAS) yang wujud seperti ambil hati, macam kes Permatang Pauh, (terpaksa) berunding, tapi sampai bila (nak) berunding?
"Kalau keputusannya lebih baik PAS tidak berada dalam Pakatan Rakyat, ada bukti yang kukuh, kajian yang menyeluruh, PAS harus keluar dari Pakatan Rakyat. Dan diganti dengan pakatan yang baru,” katanya..Mkini ( Saari: PAS seharusnya keluar Pakatan jika...

Bagi aku bro..Pak Abu dah tak boleh tahan tu dengan kerenah puak2 yang baru 'tumbuh bulu' dalam Pas nie ! terutama mereka yang keterlaluan 'ketaksuban' yg tebal terhadap kepimpinan utama dalam Pas...Jadi, elok sangat 'mufaraqah' dengan PR cepat sikit ! bagi mengelakan buruksangka berpanjangan ! aku setuju dgn Pak Abu tu ! 



PasMa kerah 1,000 sukarelawan bantu PKR
Published on 25 April 2015 18:48 
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan membantu kempen PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.
Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kira-kira 1,000 sukarelawan PasMa akan berkempen memberi penjelasan tentang isu-isu semasa terutamanya isu hudud..kinitv



NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan mengumumkan sama ada badan itu akan menjadi parti politik atau tidak, selepas berakhirnya muktamar PAS Jun ini.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata setakat ini pihaknya "menunggu masa yang sesuai" khususnya "bagi melihat terlebih dahulu keadaan parti Islam itu" selepas muktamar tahunannya di Kuala Selangor.
"Banyak pihak yang nak tunggu saya umumkan jadi parti politik atau tidak. Saya sangat berhati-hati dalam isu ini agar elak kita dari terperangkap dalam cabaran sesetengah pihak -lagi baca PasMa umum jadi parti politik lepas muktamar



Pemuda Pas P.Pinang jangan dok ingat PKR akan berjuang tanpa bantuan ahli Pas ? Rata2 ahli Pasma adalah ahli2  Pas yg meluat dan benci dgn telatah pimpinan utama Pas ..akan turun membantu segenap tenaga termampu bagi misi kemenangan PKR di Permatang Pauh. Kah Kah Kah








Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?