Pantau GST - Hentikan mencukai haid wanita Malaysia!






oleh 
Sonia Ramachandran


PANTAUAN GST: Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan kelihatan tidak memahami apabila tiba mengenai kitaran bulanan haid wanita. 

Dalam satu tweet beliau @ahmadmaslan pada 7 April, timbalan menteri itu berkata: “Kotex 10 peratus SST (Sales and Service Tax). Pembangkang minta kekalkan? Kjaan turunkan kpd enam peratus GST.”  

Ya, harga tuala wanita mungkin telah turun selepas GST tetapi itu bukanlah isunya.

Dengan GST, harga untuk semua perkara lain telah meningkat secara menyeluruh yang menyebabkan perbelanjaan bulanan setiap individu juga turut meningkat.

Tuala wanita adalah urusan bulanan bagi setiap wanita, kecuali kepada mereka yang telah putus haid.



Justeru ianya adalah barang penting bagi setiap wanita

Dengan peningkatan perbelanjaan, bukankan barang ini seharusnya “berkadar sifar”?

Lebih-lebih lagi, kerajaan mengutip cukai terhadap setiap barang lain dengan GST.

Mereka mampu untuk mengecualikan barang ini dari dicukai.

Bukan saja ianya tidak dikecualikan dari cukai, kitaran haid bulanan wanita juga telah menjadi bahan jenaka di Parlimen.

Pada 19 Mac, Tiong King Sing (BN-Bintulu) telah menjadi bahan gelak tawa di Parlimen apabila beliau dilaporkan menyampaikan wanita di kawasan parlimen beliau yang resah apabila perlu membayar lebih untuk tuala wanita apabila GST dilaksanakan.


www.freemalaysiatoday.comTiong King Sing (BN-Bintulu) 

“Kotex (tuala awanita) akan menjadi lebih mahal...wanita telah merungut bahawa mereka perlu membayar GST setiap bulan! Dan banyak lagi barang lain seperti sos tomato, sos cili, pengasah pensil, pensil dan pembersih tandas.

“Mereka berkata mereka keliru dan bertanya sama ada barang ini akan dikenakan GST,” Tiong dipetik sebagai berkata, menghadirkan gelak ketawa dalam dewan.

Pada 2 April, Chua Yee Ling (PKR-Kuala Sepetang) dilaporkan memberi usul di Dewan Undangan Negeri Perak bawah tuala wanita perlu dikecualikan dari GST.

Beliau berkata wanita tidak seharusnya dibebankan dengan GST untuk perkara asas demi kebersihan diri ketika kitaran biologi haid bulanan mereka.

“GST yang dikenakan pada tuala wanita mencabuli hak asasi kami kepada kebersihan,” Chua dipetik sebagai berkata.



Bukan saja parti pemerintah dan pembangkang meluahkan kerisauan mereka terhadap tuala wanita, malahan sebuah petisyen telah digerakkan oleh change.org untuk dihantar kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan cukai kepada wanita Malaysia ke atas kitaran haid mereka.

Petisyen bertajuk, “Stop taxing Malaysian women for their Period! Period.” (Hentikan mencukai wanita Malaysia ke atas haid mereka! Buat masa ini) telah menjana 13,993 tandatangan sehingga 6.20 petang pada 10 April.

Petisyen itu, yang dimulakan oleh Kamelia Shamsuddin pada 20 Mac akan berlangsung selama sebulan.

Petisyen itu dan rayuan akan dihantar kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk tindakan supaya semua produk tuala wanita dikecualikan dari GST.

Petisyen ini turut mendapat sokongan daripada kempen serupa lain di change.org.

Petisyen yang telah menjana 220,561 tandatangan sehingga 6.20 petang pada 10 April bertajuk “Stop taxing periods. Periond’ (Hentikan mencukai haid. Buat masa ini) yang dicetuskan oleh Laura Coryton di United Kingdom turut memuat naik pos mengenai petisyen Malaysia di laman mereka.

Pos tersebut turut ditulis dengan ayat: “Kempen saudara kita di Malaysia memerlukan sokongan anda! Tolong tandatangan petisyen ini untuk menghentikan Malaysia mencukai haid.”

Petisyen Coryton menyeru supaya menghentikan cukai lima peratus ke atas produk tuala wanita di UK.

Antara lain, ia menyebut: “David Cameron (Perdana Menteri Britain) telah menerima bahawa membuang cukai tuala wanita akan menjadi “sangat susah untuk dilakukan tetapi saya akan pergi dan melihat dan kembali kepada anda”.

En. Cameron, ia adalah masa untuk bertindak. Kami perlu tahu kenapa kerajaan mencukai produk tuala wanita sebagai barang mewah, asas “tidak penting”, tetapi tidak kepada stik buaya, gula bunga yang boleh dimakan atau helikopter.



Jika anda menghargai fungsi mereka yang datang haid setidak-tidaknya sama seperti anda menikmati hidangan buaya di Fridays, tandatangan petisyen kami dan sertai kempen kami. Bantu untuk menamatkan marginalisasi isu yang secara tradisionalnya dikaitkan dengan wanita.”

Adakah Perdana Menteri Najib Razak akan membantu menghentikan marginalisasi isu yang secara tradisionalnya dikaitkan dengan wanita dan tandatangan petisyen Malaysia?

Bukannya mengurangkan cukai pada produk tuala wanita yang kami mahukan.

Tiada cukai pada produk tuala wanita yang kami mahukan. 

Sumber - Theantdaily


Pandangan penulis di atas tidak mencerminkan pandangan Batu Bara . Harap maklum


akhirkalam

i7ya2sunan.blogspot.com
Menghidupkan Perkara2 Sunnah

ويسألونك عن المحيض



من آيات الأحكام في القرآن الكريم قوله سبحانه: {ويسألونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النساء في المحيض ولا تقربوهن حتى يطهرن فإذا تطهرن فأتوهن من حيث أمركم الله إن الله يحب التوابين ويحب المتطهرين} (البقرة:222). يتعلق بهذه الآية جملة من الأحكام

Permasalahan haid telah dijelaskan oleh al-Quran dgn jelas ! lihat ayat 222 pada Surah Al-Baqarah - untuk tafsirnya..klik di atas..Allah menjelaskan bahawa darah haid itu adalah kotor (berpenyakit) dan perempuan yang kedatangan haid adalah dilarang suami menggauli mereka (bersetubuh) sehinggalah mereka suci dari haid tadi..Selepas itu bolehlah para suami mendatangi isteri mereka sepertimana yang diperintahkan oleh Allah..Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang bertaubat dan menyukai mereka yang bersih dan suci (dari kotoran haid) - Ayat berkaitan haid ini menerbitkan beberapa hukum yang lain..
Baca lagi ويسألونك عن المحيض




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video