Menjelang Muktamar Pemilihan PAS 2015 - Macam-macam Dok Ada !

Semakin hampir dengan pemilihan berbagai jawatan dalam saf kepimpinan Pas di muktamar June nanti..semakin kalut jadinya suatu kumpulan pro -ulama mengaktifkan 'serangan' mereka terhadap kumpulan lain samada kumpulan progresif/profesional juga sesama ulama yang tidak 'sebulu' dengan kehendak mereka untuk mengekalkan yang sedia ada, terutama kerusi #1 yang disandang oleh Hadi Awang. 

Gendang dipalu bertalu2..Ustaz Ahmad Awang, orang lama yang banyak jasa itu pun diperlekeh oleh puak ini, hanya kerana sikap terbuka beliau mahukan perubahan pada pucuk pimpinan parti Islam ini. Kalut bro Kalut..Bacalah luahan dari Mohd Fauzi Mohd Azmi@Topeng Perak Unmasked di bawah..

Rancangan pro-ulama yang cuba 'menyingkirkan' kumpulan progresif di muktamar nanti..dilihat dilakukan dengan bersungguh2 bro ! andaikata mereka berjaya? Pas akan kembali 50 tahun ke belakang bro ! dan tidak akan 'bangun' lagi seperti tahun2 2008-2013 yang melihat 'kecemerlangan' Pas di puncak ! mungkin Pas akan dilihat di pintu2 madrasah dan di pondok2 pengajian saja....




Pembantaian serta Penyingkiran secara drastik ke atas Kumpulan Progresif menyayat hati. Muktamar ke~ 61 menjadi medan terakhir penyingkiran secara beramai-ramai ke atas Kumpulan Progresif..~#Rakyat_Bangkit 

Senario terbaru menunjukkan Ahli PAS dah berpecah pada beberapa kumpulan:

1. Kumpulan yang menyokong supaya Jawatan Presiden ditukar kepada individu selain Hadi.

2. Kumpulan yang menyokong supaya Jawatan Presiden dikekalkan pada Golongan Ulama.




Jangan biarkan penyakit TAKFIRI kembali berjangkit di kalangan pimpinan Pas sehingga menyebabkan imej Pas rosak di kalangan pengundi Malaysia...!~#Rakyat_Bangkit 

Kumpulan 1 sehingga waktu ini bersifat terbuka dan dapat menerima sesiapa sahaja menggantikan Hadi, tidak kira individu itu dari golongan Ulama atau Profesional. Tokoh2 yang dipersetujui antaranya ialah Ustaz Ahmad Awang, Husam Musa dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun telah menarik diri untuk bertanding jawatan Presiden.

Kumpulan 2 sejak akhir2 ini telah berpecah kepada 2 team:
A. Team Hadi.
B. Team Ulama.



Team A sehingga kini tidak dapat menerima individu lain selain Hadi sebagai Presiden PAS walaupun dari golongan Ulama. Mana2 Tokoh yang bersedia bertanding jawatan Presiden akan dianggap sebagai musuh. Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dikecam dengan teruk sekali selepas menerima Pencalonan bagi Jawatan Presiden dari PAS.



   Kah Kah Kah   

Kawasan Kota Bharu dan terakhir ini, Ustaz Ahmad Awang pula dikecam dengan pelbagai Gelaran dan Label setelah menyatakan kesediaan untuk bertanding merebut Jawatan Presiden PAS selepas mendapat cukup Pencalonan.


Kameel Abuya

Team B pula lebih bersifat terbuka. Dapat menerima sesiapa sahaja bakal menggantikan Hadi asalkan tokoh itu dari Golongan Ulama. Mereka sedia menerima Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Ahmad Awang atau sesiapa sahaja sebagai pengganti Hadi asalkan tokoh itu dari golongan Ulama.


Kameel Abuya

Gua jangkakan perselisihan ini akan selesai dalam masa terdekat atas inisiatif tokoh2 tertentu.
Tunggu dan lihat...

- Mohd Fauzi Mohd Azmi@Topeng Perak Unmasked


*********************

Ahmad Awang yg dikenali sebagai ulama
yang disegani kerana hanya bersetuju bertanding jawatan presiden di Muktamar Pas nanti..maka beliau terus di gam dari memberi ceramah di mesjid2 tertentu di Selangor...

Kah Kah Kah
Nak Bantu tu?
Turun mai aje laa bro !
Tak payah dok tunggu sapa kerah ?
Ug dok senandong ngan 'sarkis' ?
tak dak sapa dok suruh pun !

Sekalipun Husam Musa mendapat pencalonan yang lebih tinggi daripada Ust Ahmad Awang, namun jika hendak bertanding jawatan Presiden, pada pendapat GB, maka Ustadz Ahmad Awanglah orang yang paling sesuai untuk mencabar Haji Hadi.
Ini berdasarkan faktor kedudukan dan latarbelakang Ustadz Ahmad Awang sendiri sebagai seorang ulama yang disegani di dalam dan diluarnegara. Beliau pernah memegang jawatan..Kelab Green Boc  - 
 


Ikhlas aa? Berkenan sungguh depa kat Umnuuu nie noo? tak apa..plan2 kayuh bro !! Kah Kah Kah

USTAZ PELABEL
Masihkah KAU INGAT ?
Sapa dia nie?
Ustaz ini menyokong kepimpinan ulama, kononnya..YSK

Sekadar ingatan buat diri sendiri:
www.albetaqa.com
Silsilah Akhlak 
An-Namimah - Adu Domba@mengumpat
Dalil dari Al-Quranul Kariem
Ayat 10 dan 11 Surah Al-Qalam
Mafhumnya,
"Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya)".. (سورة القلم 68:10)

"Yang suka mencaci, lagi suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)" -  (سورة القلم 68:11)

Dalil drpd As-Sunnah yang Sahih
Sabda Rasulullah s.a.w - (( لا يَدْخُلُ الجَنَّةَ نَمَّام ))
[ رواه البخاري ومسلم عن أبي حذيفة رضي الله عنه ]

mafhumnya, "Tidak akan masuk syurga para pengumpat (pencaci/pengadu domba)"..HR Bukhari dan Muslim dari Abi Huzaifah RA


   PAS 4 All atau PAS 4 Hadi Awang saja?   


Kameel Abuya


akhir kalam
Qardhawi menulis dalam muqaddimah buku Fiqh Ikhtilaf beliau..Beliau tidak bimbang Sunnah at-tadaafu' (pertembungan), tetapi amat meresahkan beliau bila golongan yang sama-sama dalam kumpulan pejuang Islam berlaku pertembungan. Mereka dakwa mereka para duat dan islamiyyun, tapi bertembung. Yang dibimbang perbezaan yang saling menghentam satu sama lain. wallahu'alam.






Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?