Kembara Basikal - Kalimantan Sudah Sampai !

Budak2 aku dah masuk Kalimantan..Hari ke 30 ! ada yang demam sikit2..ada yang terlantar sehari dua..
Musafir perlukan ketabahan dan semangat juang yg tinggi...
semua cabaran dan dugaan ini adalah kecil sahaja jika dibandingkan dengan orang2 dulu yang membuka kampung dan negeri untuk bertani, menternak dan menetap di satu2 desa dan kampung tadi..

Plan2 kayuh budak2....



Maqasid Kembara Beskal..
Dari Tawau masuk ke Kalimantan 

Ikuti ceritanya di Bawah...



Sebelum bertolak
dari rumah Dr. Leong


Hari 30; Tawau - Tarakan23 April 2015, Khamis5 km saja yg kayuh..


1. Kami keluar dari rumah Dr. Leong pukui 7.10 pagi. Lalu kat satu restoran, bau roti canai. Terus singgah sarapan nasi lemak & roti canai. Rindu.. lama tak makan nasi lemak & roti canai.
2. Lepas sarapan pi kat pelabuhan belakang pasar ikan Tawau. Beli tiket RM130 sorang. Bot pukul 11 pagi. Bot sini selang seli hari. Kalau terlepas bot ni, mungkin hari Sabtu baru ada bot ke Tarakan. Kira kami punya timing cantek la.. Alhamdulillah.


3. Jumpa polis dari semenanjung kat situ, Hisham Md Zin. Orang Anak Bukit, Kedah. Dah 20 tahun kat sini. Menikah pun orang bugis sini. Sembang rabung dia. Gian nak cakap loghat Kedah kot.. tongue emoticon
Kami lepak minum2 dulu. Ada juga polis dari Terengganu dan Khairi dari Penang mai join.
4. Dekat pukul 11, kami masuk cop passport. Rupanya masa masuk Sabah hari tu kami tak cop passport. Jadi, nak keluar tak boleh la..
Hari tu kami dari Limbang, Sarawak, masuk Labuan, masuk balik Menumbok, Sabah.


5. Masa kami masuk di Labuan memang tadak imegresen di pintu masuk sebab wilayah persekutuan. Di Menumbok pun tadak. Tapi, sepatutnya kami pi mana imegresen untuk cop passport masuk Sabah. Mana kita tau... ni ilmu baru ni...
6. Tiket bot masuk Labuan & Menumbok pun dah hilang ke mana. Kalau tidak, boleh jugak buat bukti.. Jadi, kami kena pi buat pengesahan di wisma persekutuan Tawau baru boleh keluar Sabah.


7. Pegawai imegresen Izham tolong bawak kami pi pejabat imegresen wisma persekutuan tingkat 3. Kalau kami pi sendiri mungkin lambat. Bot ke Tarakan sepatutnya dah bertolak, tapi kena tunggu kami 3 orang.
8. Izham ni rupanya orang kampung kita jugak.. Taman Ria Jaya, Sg Petani. Kami ingat orang Sabah. Dia baru setahun kat sini. Sebelum ni kat Johor.


9. Selesai urusan kat pejabat Imegresen, kami balik ke pelabuhan. Cop passport, angkut basikal masuk bot, bot jalan. Terima kasih semua sebab bantu kami dan tunggu kami! Bermulalah fasa ke3 kembara ni..
10. 4 jam perjalanan, kami sampai di Tarakan. Bot parking sebelah menyebelah 2 biji. Air surut, jeti tinggi. Budak2 buruh penuh minta nak tolong angkat gerek (basikal). Mula2 minta Rp150,000. Last kurang, Rp100,000. Boleh la.. depa bahagi 6 orang.

Bergambar kenangan di Terminal Malundung, Tarakan
Propinsi Kalimatan dari Tawau paling dekat
sebagai jalan masuk ke Kalimantan

11. Kayuh masuk pemeriksaan imigrasi dan kastam. Kastam periksa tong kami betui2, habis segala baju, tools, makanan, barangan depa periksa. Terasa macam kena cabul pulak..
12. Patut la kastam periksa sungguh2 & budak2 buruh tu sungguh2 kecek nak angkut gerek kami, rupanya bot kami tu la yang last masuk Tarakan. Lepas kami settle, depa pun balik.

Suasana pekan
di Tarakan, Kalimantan

13. Kami kayuh sepanjang jalan Yos Sudarso. Singgah makan di Warung Teras. Pastu patah balik nginap bilik murah Rp60,000 di Hotel Taufiq (nama ja hotel). Bilik kayu, lampu pasar malam satu, kipas buruk satu, katil 2, dinding ada conteng2 macam bus stop, bilik air kongsi di belakang, lampu bilik air tadak, selalu blackout. Dugaan...
14. Sempat solat maghrib dan isyak berjemaah di masjid Agung Al-Maarif. Masjid ni tiga tingkat, design lama. Jemaahnya ramai, sekali takbir dengan imam pun dapat 5 saf.


15. Tarakan menurut cerita rakyat berasal dari bahasa tidung “Tarak” (bertemu) dan “Ngakan” (makan) yang secara harfiah dapat diartikan “Tempat para nelayan untuk istirahat makan, bertemu serta melakukan barter hasil tangkapan dengan nelayan lain. Selain itu Tarakan juga merupakan tempat pertemuan arus muara Sungai Kayan, Sesayap dan Malinau.
16. Masyarakat di sini ramai dari suku Tidung (pribumi asal Tarakan).
17. Tempat solat bakal menjadi saksi di akhirat. Sebab tu Nabi s.a.w. menggalakkan kita perbanyakkan tempat solat. Itu adalah antara maqasid kembara basikal ini,

Sekian catatan budak2 aku !

Lagi foto2 yang dikirim

Dari Tawau ke Tarakan, Kalimantan



Kelihatan wilayah Kalimantan dari  atas feri


Budak2 nie telah sampai di rumahPakcik Kifle (kelihatan #2 dari kanan- di sebelah tu isterinya..Rumah ini di Kunak (70 km dari Tawau) ..La nie budak2 aku pula ke sini bro !Kunak adalah tengah2 antara Semporna dengan Tawau..Aku pernah menginap di sini seminggu beberapa tahun lepas....


Pasar pagi di KUNAK

Pelik sungguh nama sungai kat sana noo?
Kah Kah Kah

Mesjid Lahad Datu
Sebelum ke Kunak mereka singgah di sini dulu
Menukar peralatan mana yang patut


Akhirkalam


Pesan aku kat budak2 tu
Depa kena singgah Banjarmasin..tempat kelahiran ulama nusantara terkenal syeikh arsyad albanjari pengarang kitab "sabilal muhtadin" kitab fekah yg terkenal bagi org2 jawi..Beli 
satu dua naskah bawa balik...Banyak ulama tersohor di sana..
Jangan lupa melawat dan bertemu waris mereka di sana !





Siri berikut..Tunggu !
akan lebih menarik bro !





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?