Hantu2 FB Ke Yang Porak Peranda PAS?

Kata Dr Mujahid Yusof Rawa, Pas dilihat berpecah belah dan porak peranda sekarang ini pasai ada musuh dalam laman2 sosial, umpamanya dalam laman2 Fb yg dok buat kacau, dok pecah belah Pas? Nama2 yg digunakan antaranya kata Mujahid ialah sepertiEl-Haraki , Tuc Tok Usin Ceroi , Keli Laut dan lainnya.

Sekali lihat, mungkin ya bro ! dua kali fikir, dirasakan masih ada pimpinan Pas sendiri tak mahu mengaku 'kesilapan' dan 'kebongkakan' pimpinan atasan dan ulama yang dibenteng dengan segala helah bermadah? Bahasa kesat yg digunakan menyerang ahli sendiri misalnya, ketidak pedulian mereka pimpinan tadi vs isu2 yang membelit rakyat..antara penyumbang terbesar kepada 'perpecahan' dalaman Pas sebenarnya? 

Lahirnya Pasma adalah rentetan dari ini semua..Siapa yang 'mengkhianati' PR dalam percaturan di 'Kota Damansara' dan di Sg. Aceh' dahulu? jangan buat2 lupa semua ini ! Kalo Pak Abu dan rakannya 'berjuang' untuk tegakan kerajaan Selangor agar tidak terlepas kat Umno dgn menyokong Wan Azizah ? dituduh dgn bahasa kesat dan mereka berdua 'digantung' ? adakah ini tidak menyumbang perpecahan itu? 

Bertambah malang, Presiden sendiri 'no say' so far bila kalangan YB dari kumpulan 'profesional' dikhianati harta benda dan diri mereka (kes Hanipa Maidin, Dr. Hatta dan Dr. Dzul) juga Presiden sendiri menjawab 'tidak tahu' bila timbalan sendiri kena tahan misalnya sedikit masa lalu ? Banyak lagilah rentetan sebegini berlaku? Kes akhbar Harakah umpamanya.

Namun begitu, tidak dinafikan apa yg disebutkan oleh Mujahid ada juga sedikit kebenaranya..sama2 kita nilai.. Banyak sungguh hantu2 Fb ya? Kah Kah Kah

***********************

PAS berpecah gara-gara 
Facebook hantu, kata Mujahid
Published: 5 April 2015 12:50 PM

AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengatakan musuh PAS pasti di sebalik laman-laman Facebook seperti El-Haraki, Tuc Tok Usin Ceroi dan terbaru, Keli Laut, semuanya bertujuan memecah-belahkan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 April, 2015.

Dua bulan lagi menuju Muktamar PAS ke-61 yang dianggap paling panas, antara punca PAS berpecah kini mula disedari dengan terdedahnya satu persatu hala tuju laman-laman Facebook 'hantu' tanpa nama yang menyerang dan melaga-lagakan pimpinan PAS.

"Saya yakin, musuh PAS adalah di sebalik mereka ini," kata AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, salah seorang yang menjadi mangsa serangan laman Facebook hantu ini.

Mula-mulanya El-Haraki, lepas itu Tuc Tok Usin Ceroi dan kini Keli Laut. Kesemuanya laman Facebook yang tidak diketahui siapa pemiliknya, tetapi sangat aktif menyerang dan melaga-lagakan pimpinan PAS dari Pusat, negeri dan kini ke peringkat kawasan menjelang muktamar PAS ke-61 Jun ini.

Akaun Facebook Keli Laut membuat posting minggu lalu kononnya berlaku kekecohan menjelang mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS kawasan Selayang.

Modus operandi laman ini sama saja seperti El-Haraki dan Tuc Tok Usin Ceroi, iaitu akaun tanpa dikenali tuannya dan menyerang sebahagian pemimpin PAS yang tidak disukai mereka.

Laman ini menyerang dengan jelas Ketua Pemuda PAS Selayang Fauzan Mazlan serta adik beradiknya yang aktif dalam PAS di samping menyerang Yang di-Pertua PAS Selayang Zaidy Talib yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

"AGM Dewan Pemuda PAS Selayang:: Panas panas panas!!!!! Menggunakan YB Zaidi untuk mempengaruhi Pengerusi JK Pemilihan negeri untuk membolehkan orang tak layak bertanding untuk bertanding," tulis Keli Laut dalam laman Facebooknya.

Sehingga kini sekurang-kurangnya 10 posting dibuat Keli Laut berhubung apa yang berlaku dalam PAS Selayang.

Sebelum ini, El-Haraki menyerang Mujahid dan lain-lain rakannya, termasuk Datuk Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad dan lain-lain lagi dengan berselindung sebagai penyokong kepimpinan ulama.

Tuc Tok Usin Ceroi pula melabelkan kesemua pemimpin ini sebagai 'jebon' dengan satu alasan sahaja, iaitu kononnya mereka tidak bersama menyokong kepimpinan ulama yang diketuai presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang terkini Mohamad Sabu, timbalan presiden dan Datuk Mustafa Ali, setiausaha agung PAS menjadi sasaran Tuc Tok Usin Ceroi.

Bagi Mujahid, kalau El Haraki berperanan di peringkat nasional, Tok Usin di peringkat negeri, kini Keli Laut bermain di peringkat kawasan yang menjelaskan siapakah sebenarnya orang di belakang laman-laman hantu ini, kata Mujahid kepada The Malaysian Insider.

"Bagi saya, ini kerja musuh. Perpecahan dalam PAS sekarang bukan semata-mata kerana perbezaan pendapat termasuk isu hudud, kerana kita sudah lama berbeza pendapat dalam banyak isu tetapi tidak pernah berpecah.

"Tetapi suasana kemusnahan ini pasti ada tangan-tangan lain yang ambil kesempatan," kata Mujahid  mengulas isu ini.

PAS mengalami krisis yang paling teruk dalam sejarahnya hatta dikatakan lebih teruk dari 1982 apabila presidennya Tan Sri Asri Muda terpaksa mengundurkan diri.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberi respon secara bertulis kepada pemilik akaun Facebook Tuc Tok Usin Ceroi dan meminta orang di sebalik akaun ini untuk datang ke depan jika dia benar-benar serius dalam dakwaannya terhadap Mohamad Sabu.

"Jawatankuasa Siasatan mengalu-alukan kesudian Tuc Usin Ceroi untuk tampil memberi kenyataan aduan terhadap audio klip yang disebarkan di Facebooknya dan tuduhan terhadap Timbalan Presiden PAS.

"Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa menunggu kedatangan Tuc Usin Ceroi ke Pejabat Agong PAS secepat mungkin.

"Beliau boleh menghubungi saya secara terus atau Khairul Faizi, selaku Penolong Setiausaha Agung dan setiausaha jawatankuasa siasatan untuk menentukan masa beliau yang sesuai untuk menghadirkan diri," kata Mustafa dalam kenyataan yang ditujukan kepada Tuc Usin Ceroi itu.

Sebelum ini, Tok Usin mendedahkan satu rakaman audio kononnya ia suara Mohamad Sabu yang sedang merancang strategi untuk menjatuhkan Hadi.

Namun jawatankuasa siasatan yang diketuai Mustafa dikatakan tidak mahu membuat sebarang siasatan mengenainya melainkan ada aduan rasmi atau pemilik akaun laman Facebook itu sedia ke hadapan dengan berjumpa beliau atau penolongnya, Khairul Faizi.

Melihat kepada semua senario ini, Mujahid berpendapat mangsa sebenar permainan laman-laman Facebook hantu ini adalah ahli PAS yang tidak tahu apa-apa tetapi terpengaruh dengannya kerana mereka ini berselindung di belakang pemimpin PAS dan kepimpinan ulama.

"Yang menjadi mangsa adalah ahli PAS yang jujur dan ikhlas kerana mereka pertaruhkan ulama termasuk nama presiden sendiri.

"Ia cukup bahaya dan mereka menjadi mangsa kepada 'keyboard warior' ini sedangkan orang di belakang mereka sebenarnya pelaksana kepada tuan-tuan mereka yang mahukan PAS berpecah," kata Mujahid. – 5 April, 2015..

Sumber



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video