Edaran Buku Hina dan Perburukan Pemimpin Profesinal/Progresif PAS? Kerja Sapa?

Sapa punya kerja loklaq dan tidak bertanggungjawab macam nie bro ! mereka sanggup mencetak, mengedar dengan meluas sebuah buku bertajuk 'Siapakah Perosak Sebenar PAS?'..Buku ini diedar di saat dan ketika hampirnya Muktamar Pas yang dijadual dalam bulan Jun nanti.

Buku itu berlambangkan logo PAS PUSAT. Sudah beredar sejak beberapa hari lepas. Tiada penafian dari Pejabat Agung PAS Pusat seolah-olah membiarkan buku itu terus diedarkan tanpa sekatan.

Teruk sungguh perangai puak yang buat kerja nie? jenis main aci lon..sembunyi2..? tapi orang tau keroja sapa yg loklaq sampai tara nie? atau ada tangan ghaib dari rakan dan taulan depa? Kah Kah Kah
Apa pun setakat buku macam nie? no hal bro ! orang dah boleh pikior boleh saring dan orang kenal sapa buat kerja bodoh sapa yang ceghedik? Kah Kah Kah

Takut sungguh depa nak celen kumpulan profesional/progresif untuk jawatan menjelang muktamar 2015 nanti. Kah Kah Kah





Buku itu menyenaraikan lima pemimpin PAS yang didakwa sebagai parasit yang mahu menjatuhkan pemimpin golongan ulama dalam parti itu. 


Mereka ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Pengarah Pilihan PAS Pusat; Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat; Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Hanipa Maidin serta Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi. 



“Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu, Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpang itu semakin rosak dan lunyai,” antara isi kandungan buku itu. 



Buku bertajuk ‘Siapa Perosak Sebenar PAS’ itu telah dimuat naik oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi di akaun Facebook. 
“Siapa terbitkan buku ini? Siapa yang membiayainya? ni dah mula main kasar ni. 



“Saya harap ahli PAS tidak menyebarkannya,” tulis Ahli Parlimen Temerloh itu. 



Kenyataan beliau itu bagaimanapun dianggap sebagai sarcastic atau kiasan kerana Nasrudin merupakan penyokong kumpulan ulama dalam PAS yang tidak sehaluan dengan pemimpin liberal atau dirujuk golongan Anwarinas. 

PasMA dikatakan ditubuhkan untuk menggantikan PAS dan mendapat sokongan DAP dan PKR yang tidak senang dengan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -FMT 


****************

   Untuk Renungan   


Kemelut dalam PAS bukan perkara kecil, Ahmad Awang bantah Hadi
Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang merupakan salah seorang calon yang layak bertanding kerusi presiden pada pemilihan parti yang akan datang Jun ini..Continue Reading




SEJARAH PAS PERAK
Ketika PR menang di Perak 2008, Dr Haron Din pernah menelefon UAA dan meminta agar di bentuk Kerajaan Perpaduan Pas-Umno di Perak.

UAA menyelamatkan Pas Perak semasa 2008 dulu. Jika tidak kerana ketegasan UAA, Pas Perak mungkin telah bersatu membentuk kerajaan bersama. UAA akhirnya menyatu padukan ahli Pas dan PR untuk di serahkan kepada Nizar..Jasa beliau tercatat sebagai sumbangan yang amat bermakna di dalam Sejarah Pas..~‪#‎Rakyat_Bangkit‬









Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video