Che Det Tidak 'Keseorangan' bro ! Ini Buktinya - [VIDEO]

Siti Nurhaliza, Che Ta 
sokong Dr M yang ‘keseorangan’




Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata Dunia patut kita hargai serta contohi..Tiada yang Muda Kalau tidak kerana Orang Tua ..tulis CTDK di Instagramnya - #sayaanakMalaysia #sebak



Siti Nurhaliza, Che Ta 
sokong Dr M yang ‘keseorangan’
Published on 15 April 2015 


Penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza Taruddin yang jarang-jarang sekali menyentuh soal politik, tampil menyatakan sokongan terbuka pada Tun Dr Mahathir Mohamad yang “keseorangan” mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib razak.

Bagi Siti Nurhaliza, perdana menteri Malaysia selama 22 tahun itu menyentuh hatinya kerana mengharungi pelbagai cabaran membangunkan negara ini sehingga terkenal di mata dunia.

Beliau dalam akaun perkongsian gambar Instagramnya yang mempunyai pengikut besar 1.4 juta orang berkata “Love you Tun dan sentiasa bersama Tun...


Tulisnya lagi, sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi..kinitv

Bacaan lanjut di Malaysiakini Mahathir tak keseorangan, Siti Nurhaliza ada



     akhirkalam    

Mereka yang mempunyai kasih sayang sesama manusia dan juga apa2 yang ada di bumi - nescaya mereka akan dikasihi apa yang di langit) [nescaya Allah (Ar-Rahman) akan mengasihi mereka pula ]

**الرحمة بالمسلمين كافة**

**Belaskasih sesama Islam seluruhnya**




Sabda Rasulullah s.a.w - mafhumnya
" Allah tidak akan mengasihi mereka yang tidak mengasihi manusia
HR Al-Bukhari

***الرحمة بالحيوان:***
روى البخاري ومسلم عن ابن عمر رضي الله عنهما: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "عذبت امرأة في هرة حبستها حتى ماتت جوعا، فدخلت فيها النار، لا هي أطعمتها وسقتها، إذ هي حبستها، ولا هي تركتها تأكل من خشاش الأرض".

***Belas kasih dengan Haiwan***

Mafhum sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibn Umar Radiyallahhu 'anhuma: Bahawasanya Rasulullah s.a.w  bersabda: " Seorang wanita telah diazab kerana mengurung seekor kucing betina hingga kucing itu mati kelaparan, maka perempuan itu dimasukan ke neraka, ini kerana hanya tidak diberi makan dan minum kucing tadi bila ianya dikurung, juga dia tidak membiarkan kucing tadi (melepas dari kurungan) untuk memakan apa2 binatang (seperti tikus -haiwan perosak) yang melata di bumi".

wallahu'alam





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?