Posts

Showing posts from April, 2015

Dongeng GST menurut sang penglipurlara; Ahmad Maslan - [VIDEO]

Image

Kecoh-Kecoh Permatang Pauh - [VIDEO]

Image
Menghampiri hari penentuan pada 7 May ini, macam2 dok jadi dok terselak kat Ptg. Pauh itu bro ! Kian menarik, kian panas, kian Bara Berapi ! Lepas YMP kena luku kena sekeh ngan pelbagai pihak dari PAS..Baru depa nak sentot kepala...Kah Kah Kah Kecoh 1 -  U-Turn sudah mari ?

Santai bersama rakyat di Permatang Pauh - Edisi Khas (Foto Menarik)

Image
Wan Azizah aka Kak Wan terus berjuang di Ptg Pauh untuk misi kejayaannya pada 7 Mei nanti ! sama2 kita tunggu..sementara itu anda bersantai dulu dgn segugus foto2 menarik Kak Wan mengharungi kempen di Ptg Pauh. Moga misi Kak Wan dan PR membuahkan hasil gemilang nanti.

Yang Mana Lebih Mudharat Sekarang Ini ??

Image
Kenyataan Suhaizan Kaiat bahawa isu GST tentunya lebih mudharat dari isu Hudud justeru ada kebenarannya bro ! kerana isu ini menyangkut semua umat dan warga Maalaysia tanpa kecuali ? elok kita renungkan apa justifikasi Ketua Pemuda Pas ini berkaitan kemelut boikot dan menarik diri oleh anak buahnya di Pulau Pinang sekarang ini ! yang  sedikit banyak memberi kesan kepada jentera Pas untuk berkempen memenangkan calon PKR pada PRK Permatang Pauh, pada 7 Mei ini. Suhaizan Kaiat

Pemuda PAS P.Pinang makin Kalut Dgn Ptg Pauh? [VIDEO] Kah Kah Kah

Image
Makin dekat dgn pembuangan undi di PRK Ptg Pauh 7 May ini, Pemuda Pas Pulau Pinang dilihat semakin kalut menjaja bahawa mereka tidak akan membantu PKR dlm PRK itu nanti? Kah Kah Kah Awat Pemuda Pas P.Pg nie dah berasa besaq kepala? dah makin angkuh? Siapa dia YMPiah nie yg nak 'boikot' Prk Ptg Pauh tu? Sungguh memalukan. Elok lepas ini ajak anak buah hang keluaq PR dulu ! senang cerita bro ! Ada dlm PR..tetapi berperangai loklaq macam nie? Kah Kah Kah Wan Azizah pun khabarnya dah mohon maaf...tetapi sayap pemuda Pas P.Pinang tetap bertegas dengan 'agenda' mereka tidak akan membantu di Prk itu nanti? Mereka bertegas sebab ada orang atas PAS yg menyokong tindakan budak2 kanyaq nie bro!? Aku rasa PKR pun tak laa heran sangat dengan gertak dan ugutan Pemuda Pas P.Pinang nie bro.. jentera Pas yang lain akan tetap bersama dengan  Mat Sabu dan Mujahid Yusof Rawa...bagi membantu kemenangan di Prk ini! Insya' Allah. Yusni Mat Piah

Kembara Basikal - Kalimantan Sudah Sampai !

Image
Budak2 aku dah masuk Kalimantan..Hari ke 30 ! ada yang demam sikit2..ada yang terlantar sehari dua.. Musafir perlukan ketabahan dan semangat juang yg tinggi... semua cabaran dan dugaan ini adalah kecil sahaja jika dibandingkan dengan orang2 dulu yang membuka kampung dan negeri untuk bertani, menternak dan menetap di satu2 desa dan kampung tadi.. Plan2 kayuh budak2.... Maqasid Kembara Beskal.. Dari Tawau masuk ke Kalimantan  Ikuti ceritanya di Bawah...

Salam Sayang Permatang Pauh ! [VIDEO]

Image
SPR dah umum calon2 yang berentap kat Ptg Pauh bro ! empat calon akan tentukan nasib mereka pada 7 May nanti...Sebentar tadi SPR telah dgn rasminya umumkan nama2 calon. Macam2 keletah puak BN, tentunya Umno bro ! bagi meriahkan hari penamaan calon ini...Putri Umno turut kelihatan dan menarik pandangan ramai bro ! Kah Kah Kah Mustafa Ali turut kelihatan bersama Wan Azizah dan LKS, juga Mat Sabu di hari ini..selain LGE dan Azmin Ali. Apakah dengan turunya Mustafa Ali? Gendang 'songsang' YDP Pas Ptg Pauh tu akan lenyap? kalau mereka masih bertegas dengan apa yang telah merela luahkan dahulu? patutnya mereka insaf dan bertaubat ! kerana Wan Azizah pun sudah 'memohon maaf' kpd Pas atas apa yang tidak disenangi ?

Permatang Pauh Kian Membara ! Bila Semua 'rasa' diri 'Ulama'?

Image
Aku tak ambik kisah sangat Prk Rompin bro ! tapi beberapa kenyataan pimpinan tertinggi PAS dalam percaturan di Prk Ptg Pauh nampak berserabut sikit..kah kah kah Bila ada akar umbi yang merasa diri terlebih 'ulama' ! dan diamnya MSU serta pimpinan atasan PAS ? maka hubungan akrab dulunya dah jadi 'bunga taik' sekarang ini? keruh di hulu dah lama bro ? sekarang kena dan terpaksa tutup hidung pula bila ada kenyataan 'ulama' jadi2an bila ada Prk ini membuat kenyataan 'haram mengundi calon tolak hudud' ? apa lagi kenyaatan ini disambut mesra di muka depan oleh utusan ! Inilah bahana bila ramai sangat rasa diri jadi 'ulama'? mudah sangat nak 'jatuh hukum'?  Awat depa nie tak baca ke kenyataan Dr. Yusuff  Al-Qaradhawi tentang 'hudud'.. tentang mendahalukan yang utama seperti menyebarkan keadilan Islam untuk semua rakyat . Dan pendapat ini pernah dipersetujui oleh Hadi dulu dan beliau menyatakan Hudud hanya 0.001% dari ayat ayat Qur&#

PAS Dalam Kenangan.. Sejarah yang Tidak Berulang - [ VIDEO ]

Image
Sebelum PRU 13 dahulu, kita melihat gelombang penerimaan orang2 Cina dan India serta lain2 bangsa terhadap PAS begitu luar biasa bro ! aku pernah pergi ke Pasar Payang di Terengganu sebelum PRU 13 dulu, dan aku perhatikan semangat orang2 tionghua dan india membantu Pakatan Rakyat begitu hebat ! di mulut mereka sentiasa menyebut ABU, ABU, ABU (Asal Bukan Umnuu) tanpa mengira samada PAS, Pkr atau DAP.  Ukhuwah antara mereka dan kita cukup memberangsangkan, tetapi sekarang, sekarang bro ! adakah semua ini akan terulang kembali? Ada? PAS selain sebuah partai siasah Islam..sepatutnya menggunakan ini sebagai medan dakwah berkesan untuk menjinakkan mereka ini lebih lama sebelum sesuatu agenda yg disebut oleh PAS sebagai dasar mereka seperti isu 'HUDUD' diketengahkan ! sedangkan Kelantan sendiri pun masih ada 'kerusi' yang dikuasai oleh pihak lain..ertinya tidak seratus peratus dikuasai PAS. Jinakan dulu 'penyokong2' ini..sehingga mereka benar2 faham dan melihat &

Panas ! Pendedahan Berani Seorang Gadis China ..

Image
Perniagaan dan penipuan untuk dapatkan keuntungan berganda sering berlaku bro ! cuma yang peka dengan tipu muslihat ini saja boleh terlepas dari menjadi mangsa penipuan... Seorang gadis Cina,  Stephanie Tan ! telah mendedahkan bahawa perniagaan di kedai2 handphone China terdedah dgn berbagai penipuan? Beliau turut menjelaskan bagaimana cara mengelak penipuan seumpama itu terkena kpd pelanggan. GADIS CINA DEDAHKAN  90% KEDAI HANDPHONE CINA TIPU??

Surat Jokowi Tak Laku, Pembantu Rumah Indonesia Tetap Dipancung -[ 2 VIDEO ]

Image
Hukuman Qisas telah dijalankan di Arab Saudi sejak sekian lama..terbaru dua orang amah (pembantu rumah) Indonesia telah menjalani hukuman pancung di Saudi kerana di dapati bersalah membunuh anak perempuan majikan mereka berumur 4 tahun dan seorang lagi atas kesalahan yang sama. Keluarga mangsa enggan memaafkan pembunuh tersebut iaitu  Siti Zainab Duhri Rupa dari Bangkalan, Madura dipenggal kepalanya pada pagi Selasa di Madinah dan  Karni Medi Tarsim, berasal dari Brebes, Jawa Tengah pada pagi Khamis di penjara Yanbu dekat Jeddah. Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dalam pengampunan. Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh (kecuali dimaafkan oleh keluarga/waris mangsa) Maksudnya; "Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, d

Persepsi Rakyat Vs 1 MDB - Kajian Merdeka Centre

Image
Hampir 50% pengundi tidak yakin Putrajaya mampu tangani 1MDB, kata tinjauan  Sumber imej -   www.themalaysianinsider.com

Apa yang kau meghepet nie bro? Santai Video ! Kah Kah Kah

Image
Mendengar 'celoteh' Tok Yim nie bro ! boleh bikin 'senak perut' laa...jenuh mengekek...Kah Kah Kah Aku pening sejuruih dengan apa yg beliau utarakan..pantang kalau dia diwawancara ? tak ketahuan biji buah bro ! kah kah kah..semua orang tak kena dengan dia ni ? sorang saja yang kena? tentunya Dr. Mahathir yang mesra dgn panggilan Che Det tu? adalah 'idola' beliau sebenarnya..hebat bro! cara Tok Yim pertahankan Che Det. Ada 3 video yang dimuatkan di bawah, cuba dengar dan hayati, kah kah kah Foto -  www.malaysiakini.com

Menjelang Muktamar Pemilihan PAS 2015 - Macam-macam Dok Ada !

Image
Semakin hampir dengan pemilihan berbagai jawatan dalam saf kepimpinan Pas di muktamar June nanti..semakin kalut jadinya suatu kumpulan pro -ulama mengaktifkan 'serangan' mereka terhadap kumpulan lain samada kumpulan progresif/profesional juga sesama ulama yang tidak 'sebulu' dengan kehendak mereka untuk mengekalkan yang sedia ada, terutama kerusi #1 yang disandang oleh Hadi Awang.  Gendang dipalu bertalu2..Ustaz Ahmad Awang, orang lama yang banyak jasa itu pun diperlekeh oleh puak ini, hanya kerana sikap terbuka beliau mahukan perubahan pada pucuk pimpinan parti Islam ini. Kalut bro Kalut..Bacalah luahan dari  Mohd Fauzi Mohd Azmi@Topeng Perak Unmasked di bawah.. Rancangan pro-ulama yang cuba 'menyingkirkan' kumpulan progresif di muktamar nanti..dilihat dilakukan dengan bersungguh2 bro ! andaikata mereka berjaya? Pas akan kembali 50 tahun ke belakang bro ! dan tidak akan 'bangun' lagi seperti tahun2 2008-2013 yang melihat 'kecemerlangan' Pas

FOKUS PULAU PINANG: Prk Permatang Pauh

Image
PRK Permatang Pauh bakal jadi referendum terhadap GST?

Che Det Tidak 'Keseorangan' bro ! Ini Buktinya - [VIDEO]

Image
Siti Nurhaliza, Che Ta  sokong Dr M yang ‘keseorangan’

Edaran Buku Hina dan Perburukan Pemimpin Profesinal/Progresif PAS? Kerja Sapa?

Image
Sapa punya kerja loklaq dan tidak bertanggungjawab macam nie bro ! mereka sanggup mencetak, mengedar dengan meluas sebuah buku bertajuk 'Siapakah Perosak Sebenar PAS?'..Buku ini diedar di saat dan ketika hampirnya Muktamar Pas yang dijadual dalam bulan Jun nanti. Buku itu berlambangkan logo PAS PUSAT. Sudah beredar sejak beberapa hari lepas. Tiada penafian dari Pejabat Agung PAS Pusat seolah-olah membiarkan buku itu terus diedarkan tanpa sekatan. Teruk sungguh perangai puak yang buat kerja nie? jenis main aci lon..sembunyi2..? tapi orang tau keroja sapa yg loklaq sampai tara nie? atau ada tangan ghaib dari rakan dan taulan depa? Kah Kah Kah Apa pun setakat buku macam nie? no hal bro ! orang dah boleh pikior boleh saring dan orang kenal sapa buat kerja bodoh sapa yang ceghedik? Kah Kah Kah Takut sungguh depa nak celen kumpulan profesional/progresif untuk jawatan menjelang muktamar 2015 nanti. Kah Kah Kah

Makanan dalam tin bukan lagi pilihan golongan miskin

Image
Dulu-dulu maggi sekupang saja sebungkus bro ! kami belajar dulu..maggi nie laa buat sendai perut tengah2 malam masa dok 'study' ngan kawan2..kalau masak nasi ! sardin ikan cap ayam dan lain, kami tak lepas bro, maklumlah..geng jantan macam kami mana rajin sangat nak buat gulai ikan? sardin tu laa satu2nya jalan pintas untuk makanan berkuah..tu pun tambah air bagi banyak kuah sikit bro ! kalau tak habis ? masih boleh cicah roti bro..tapi jarang tak habis.  Dengar citer, sardin pun naik mencanak ! sekali ganda naik dari sekarang seperti yg disuarakan oleh 'Edgar Ong' dalam tulisannya di bawah..nampaknya sardin dah jadi makanan eksklusif bro ! Dah tak der apa dah yg murah laa nie sejak gst melanda negara ! manakala di setengah tempat masih ada lagi si miskin yang hanya mampu makan nasi dengan kicap bro ! Sentiasalah bersyukur !

Pantau GST - Hentikan mencukai haid wanita Malaysia!

Image
oleh  Sonia Ramachandran PANTAUAN GST: Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan kelihatan tidak memahami apabila tiba mengenai kitaran bulanan haid wanita.  Dalam satu tweet beliau @ahmadmaslan pada 7 April, timbalan menteri itu berkata: “Kotex 10 peratus SST (Sales and Service Tax). Pembangkang minta kekalkan? Kjaan turunkan kpd enam peratus GST.”   Ya, harga tuala wanita mungkin telah turun selepas GST tetapi itu bukanlah isunya. Dengan GST, harga untuk semua perkara lain telah meningkat secara menyeluruh yang menyebabkan perbelanjaan bulanan setiap individu juga turut meningkat. Tuala wanita adalah urusan bulanan bagi setiap wanita, kecuali kepada mereka yang telah putus haid. Justeru ianya adalah barang penting bagi setiap wanita Dengan peningkatan perbelanjaan, bukankan barang ini seharusnya “berkadar sifar”? Lebih-lebih lagi, kerajaan mengutip cukai terhadap setiap barang lain dengan GST. Mereka mampu untuk mengecualikan barang ini dari dicukai. B

PAS ! Dua Hikayat Berbeza

Image

Sejarah Aqidah ! آسيا بنت مزاحم - Asiah Isteri Firaun ! [VIDEO]

Image
آسيا بنت مزاحم - 'Asiah Bt Mazahim'   adalah nama isteri Firaun yang tidak pernah ditidurinya kerana satu perjanjian yg termetrai antara Asiah dengan Firaun ! Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Asiah bt Mazahim walaupun sebagai Permaisuri di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya serta para kroninya. Inilah kehebatan dan ketinggian 'aqidah' yang dimiliki oleh mereka terutama wanita yang beriman bak besi waja...tidak gentar dengan ancaman musuh yang juga bergantung nyawa, rezki dan hid

Cerita Kembara Basikal Budak2 Aku Di Brunie !! - Siri 2

Image
Dulu aku dah cerita sikit pasai budak2 aku yang pergi kembara basikal mengelilingi Borneo (S'wak. Brunei, Sabah dan Kalimantan)...Budak2 tu baru sampai di Bandar Seri Begawan, Brunei bro ! dah nak 'cross' masuk Sabah. Ini baru hari ke 14 mereka kayuh...Siri satu dulu,   sikit saja aku cerita..klik di bwh. Maqasid Cyclotour Borneo 2015‬ - Kembara Basikal -Siri Satu Sambil kayuh basikal, budak2 nie ada laa hantaq mai cerita depa kat Brunei sana...yang penting ia meminta kita di sini pikior sikit apa benda yang beza antara kita dengan di Brunei tu bro?  Sini setiap signboard mesti ada tulisan jawi. Tulisan jawi tu mesti paling atas dan paling besaq. Terbaik. Fb -  Farhan Naiem

Ediasi Jumaat - Islam Bakal Agama Ke-2 Terbesar Di Singapura - [VIDEO]

Image
Islam telah menampakan kebangkitan di S'pura..Singapura termasuk negeri yang kaya dan teratur di kawasan Asia Tenggara. Namun siapa sangka tenyata terdapat 69 mesjid yang tersebar merata. Jumlah yang lumayan banyak untuk negara sekecil Singapura. Tidak seperti di Indonesia yang begitu banyak masjid dan mushala sehingga memudahkan kita untuk sholat berjamaah di mushala terdekat. Jumlah umat Islam di Singapura lebih kurang 15% dari jumlah penduduknya, yang berjumlah 4.5 juta..

Calon Dah Ada? Sabar ! - [VIDEO] menarik

Image
Kata Kak Wan Azizah, calon PRK P44 Permatang Pauh dah ada..tapi tak boleh bagi tau lagi siapa dia ? Dulu aku ada tulis pasai nie sikit tentang siapa yang boleh dimasukan dalam PRK ini sebagai calon pilihan ramai..sila baca posting lama aku ini .. Bro Saif - Calon Sesuai Ptg Pauh ? [Video] Adakah Saifuddin Nasution akan dicalonkan? sama-sama kita tunggu bro ! Kita pun ada sebab maukan beliau bertanding kali ini..untuk yg belum tengok video tu..elok tengok dan pertimbangkan !!

Husam cipta sejarah dengan 7 Pencalonan !

Image
Bro n Sis ! Hebat bro ! belum pernah lagi dalam PAS (setakat yg aku ingat ler) seorang tu dapat sampai tujuh pencalonan terutama untuk lawan Presiden? Tapi Husam Musa telah mendahului senarai pencalonan ini ! Hadi baru empat bro ! Rasanya Husam yg dipinggirkan di Kelantan hingga mendapat jolokan 'MB Swasta' ini ? telah diberikan satu 'signal' seperti kata Merdeka Centre ! untuk mara lagi dalam 'hiraki' kepimpinan utama dalam pari Islam ini. Menarik bro ! Persaingan kali ini sengit jadinya ! Kemaraan Husam tidak boleh disekat lagi..Akar umbi dalaman PAS mau satu perubahan..Itulah agaknya 'Moving Forward'? seperti motto Husam dalam lamaaan facebook miliknya? Husam yang juga naib presiden PAS mencipta sejarah apabila sehingga kini mendapat 7 pencalonan termasuk 4 dari Johor iaitu Kota Tinggi, Segamat, Batu Pahat dan Seri Gading manakala 2 dari Negeri Sembilan iaitu Seremban dan Teluk Kemang dan 1 dari Batu Sapi, Sabah. Naib Presiden PAS Datuk

Celorong Celoreng Dalam PAS !! [VIDEO]

Image
Apa pun hangpa dengaq lagu nie dulu bro ! Seloka sikit, lagu lama nie best bro ! Lagu 'Mabuk Kuasa' ! tapi ikut cerita nie, Wahid Satay dengan rakannya tu (Zainal Abidin) sampai ke tua dok jadi 'tukang lawak' dan 'pencacai' dlm cerita Chelorong Cheloreng nie? Kesiannnnnnnnnn...Kah Kah Kah Dengar lagu nie dulu bro ! Lepas tu pelan2 hangpa kayuh - Kah Kah Kah

Suasana pilu, gema takbir iring Anwar kembali ke penjara - [VIDEO]

Image

Hantu2 FB Ke Yang Porak Peranda PAS?

Image
Kata Dr Mujahid Yusof Rawa, Pas dilihat berpecah belah dan porak peranda sekarang ini pasai ada musuh dalam laman2 sosial, umpamanya dalam laman2 Fb yg dok buat kacau, dok pecah belah Pas? Nama2 yg digunakan antaranya kata Mujahid ialah seperti ,  El-Haraki  ,   Tuc Tok Usin Ceroi  ,  Keli Laut   dan lainnya . Sekali lihat, mungkin ya bro ! dua kali fikir, dirasakan masih ada pimpinan Pas sendiri tak mahu mengaku 'kesilapan' dan 'kebongkakan' pimpinan atasan dan ulama yang dibenteng dengan segala helah bermadah? Bahasa kesat yg digunakan menyerang ahli sendiri misalnya, ketidak pedulian mereka pimpinan tadi vs isu2 yang membelit rakyat..antara penyumbang terbesar kepada 'perpecahan' dalaman Pas sebenarnya?  Lahirnya Pasma adalah rentetan dari ini semua..Siapa yang 'mengkhianati' PR dalam percaturan di 'Kota Damansara' dan di Sg. Aceh' dahulu? jangan buat2 lupa semua ini ! Kalo Pak Abu dan rakannya 'berjuang' untuk tegakan kerajaan

DS Anwar Ibrahim hadir pengebumian bapanya hari ini - Foto Menarik

Image

Sampai Billa PAS Nak Serik?

Image
Ketua Pemuda MCA Wong Sin Woon

Minda Jumaat - Fakta MenarikTentang Neraka - [VIDEO]

Image
Minda Jumaat pertama ini diharap dapat manfaatnya, lama juga gersang tidak menulis tentang ini..Fakta tentang Neraka dalam minda Jumaat ini mampu menjadikan aku sendiri memperbaiki diri dan ahli keluarga, begitu juga sesiapa sahaja dari kita agar lebih tingkatkan ketakwaan kepada Allah dengan lebih lagi. 11 Fakta Menarik Tentang Neraka forum.hwaml.com Neraka mempunyai nama yang banyak..antaranya: Jahannam, Al-Jahiem, Al-Haawiyyah,..Al-Huthomah

PKR, PAS Dah Bawa Haluan Masing2 Ke?

Image
Antara PAS, PKR dan DAP sudah nampak perpecahan yang membara bro ! cuma PAS masih lagi kekal dalam Pakatan. Kekalnya Pas dlm Pakatan belum tentu boleh 'menyelamatkan' kerusi Ptg Pauh yang bakal diadakan PRKnya nanti. Ini kerana Umno tidak tinggal diam dan mereka cukup ghairah dan terliur sangat untuk merampas semula kerusi ini sejak dominasi PKR sekian lama dari tahun 1999 dahulu lagi..sudah 16 tahun bro !  Walau apa pun, Pas diharap tidak jadi 'biang keladi' dalam 'percaturan' PRK kali ini kiranya ia diadakan nanti. Mat Sabu boleh memainkan peranan besar bagi mengembalikan kekeruhan yang masih di kuala bro ! belum lagi keruh di hulu? Moga PRK kali ini tidak membuka ruang kpd Umno menangguk di air keruh, sekalipun rakyat terbeban sakan dengan GST ? Janganlah bawa haluan masing2..kita juga yang pasrah nanti..Kah Kah Kah

Tok Usin Ceroi Si Pemburu Jebon Vs Tok Pa

Image
Kemelut 'membenci' Mat Sabu ? yg dilihat mesra PR termasuk dengan DAP kurang disenangi oleh kumpulan lain dalam Pas..mudah kalam, puak UG dan GU yg tidak mau Hj Hadi dicabar dan mau ulama mendominasi Pas seterusnya..kemelut ini terus panas bila siasatan ke atas Mat Sabu tidak dijalankan oleh JK Siasatan PAS yg dipengerusikan oleh Cikgu Pa atau Mustafa Ali selaku SU Agung PAS sendiri.  Jadi, siapa TUC nie yg dok boleh 'arahkan' Mustafa Ali supaya panggil Mat Sabu dahulu sebelum panggil 'dia' Tuc nie sendiri? ..Serabut dan krosottt laa bro?  Kah Kah Kah Mat Sabu dan UG - cerita menarik bro UG PENANG KANTOI Mula kononnya PasUG Pulau Pinang nak ugut Abg Mat Sabu buat sidang media putuskan tahaluf siyasi dengan DAP. Akhirnya semua senyap apabila Abg Mat Sabu mencadangkan agar mereka semua lepaskan jawatan masing-masing didalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana mereka juga perlu putuskan hubungan dengan pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim G

Anak Fadzil Noor seru tolak tokoh PAS 'api' isu hudud - [VIDEO]

Image
Semalam telah dianjurkan satu forum menarik berkaitan pro-kontra hudud Kelantan yang membariskan beberapa ilmuan dan ahli politik antaranya anak lelaki kepada almarhum Ustaz Fadhil Noor,   Muhammad Faiz Fadzil, Ustaz Wan Ji seorang pendakwah bebas dan lainnya... Forum ini boleh tahan bro ! anda nilai sendiri pandangan mereka..video forum penuh paling bawah sekali..saksikan.