Penjara Terbaik Di Dunia ! [Video]

Bro n Sis !!
Konsep penjara dalam Islam tentulah berbeza dgn kesalahan dan hukuman yang dilalui dlm hukum konvensional. penjara ialah tempat pesalah yang dihukum menjalani semua jenis kesalahan sekalipun terdapat berbagai istilah yang disebut seperti kerja paksa atawa seumur hidup, tahanan politik dan sebagainya. 

Dalam fiqh penjara..tuntutan dalam konsep pemenjaraan tidak terlepas dari aspek pendidikan, sosiologi, biologi dan lainnya.. Di sinilah Islam ingin mengetengahkan dan menunjukan ketika seorang menerima hukuman penjara? adalah bertujuan untuk mereka disekat dan dibatasi gerak sosial mereka yg bebas dulunya juga disekat berinteraksi dengan dunia luar. Ini asasnya ! 

Tetapi, hak dan kebajikan sebagai seorang manusia tidak boleh disekat ! tidak boleh dihalang..mereka hendaklah dirawat dengan sebaik mungkin seperti mendapat makanan yang seimbang, sesuai..tempat kurungan yg bersih, sinar matahari, air bersih, angin segar dan lainnya ! Bukan sebaliknya bro ! ini kerana ada pihak yang menyalahi amalan ini..dan ia akan dianggap telah berbuat zalim sesama manusia ? 

Keperluan biologis seorang pesalah juga merupakan hak asasi dan dasar yg perlu diberi perhatian oleh pemerintah ! 


Hak Biologis, keperluan menyalurkan tuntutan biologis juga merupakan hak asasi dasar yang harus mendapat perhatian pemerintah, pembatasan gerak jasmasni dengan ruanglingkup sosialnya sudah cukup membuat mereka tertekan, dan pengekangan terhadap libido seksualnya termasuk perbuatan zalim bro !, sebagaimana sebuah penjara di Amerika memberikan ruang khusus untuk melakukan hubungan biologis dengan isteri atau pasangannya. Di Saudi misalnya, telah ada bilik khas untuk pesalah melampiaskan hak nafsu mereka yg tersekat bro ! teruskan baca di bawah..


disinilah fungsi penjara sebagai wadah pembinaan mental yg tidak ubahnya dengan sekolah dan rumah sakit, tugas penyelenggara penjaralah yang sudah menerima mereka sebagai anak didik harus terus ditingkatkan, tanpa mangabaikan hak asasi mereka sebagai manusia normal, dengan itu semua mudah-mudahan harapan agar mereka kembali menjadi manusia terpuji akan tercapai dengan baik.



Bilik Seks 5 Jam Untuk Banduan Teroris Di Penjara Arab Saudi




*****************

RIYADH — Meskipun dilengkapi puluhan pengawal bersenjata berat automatik, penjara kawalan amat ketat Al-Hair dekat sini, khas untuk banduan militan pengganas IS lebih seperti sebuah hotel ‘mewah’ berbanding penjara.

Di sebalik tirai besi tebal, ada pelbagai fasiliti mewah untuk mengurung 1,100 tahanan kes terorisme, termasuk sel lengkap dengan katil ukuran king size, set televisyen, peti sejuk dan bilik mandi selain mesin wang ATM.

Terletak 40 kilometer di selatan ibu negara, Riyadh, ia penjara terbesar Arab Saudi dan dibina khusus untuk penganas rangkaian Al-Qaeda namun, kerajaan tetap menyediakan beberapa bilik khas bagi banduan yang sudah berkahwin.

Pemandangan kompleks penjara Al-Hair
dekat Riyadh dari udara, pusat tahanan pengganas paling besar
di Arab Saudi.

Sekali sebulan, tahanan kumpulan ekstremis itu boleh mendapatkan ‘waktu seks’ bersama pasangan selama lima jam untuk bersetubuh di dalam kamar khas dilengkapi katil, cadar dan snek ringan bagi dinikmati bersama ketika berasmara.

Selain Al-Hair, Arab Saudi sejak sedekad lalu sudah pun memiliki 4 buah lagi penjara yang sama dengan kawalan maksimum di seluruh negara, tetapi kecil sedikit saiznya, khusus untuk menghukum banduan pengganas IS agar kembali insaf.

Kemudahan gimnasium untuk banduan pengganas
melakukan senaman turut disediakan pihak penjara Arab Saudi. – Gambar hiasan
 
Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef malah membenarkan wartawan meninjau kemudahan di setiap penjara mewah terbabit sebagai salah satu strategi kerajaan membimbing tahanan secara penuh berhikmah.

Baca - Arab Saudi Bina Tembok 1,000 Kilometer Halang Militan IS

Kolam renang untuk tahanan dapat berenang santai
dalam sebuah penjara Arab Saudi khusus untuk banduan kes pengganas. – Gambar hiasan

“Kami tidak sembunyikan apa-apa pun. Sila tunjuk bangunan atau sel mana sahaja dan wartawan boleh lihat sendiri di depan mata,” kata pengarah penjara Al-Hair, Mohammed al-Ahmed, kepada sekumpulan petugas media antarabangsa.

Tidak seperti Guantanamo Bay milik Amerika Syarikat yang menzalimi banduan, Arab Saudi sebaliknya mengurus kebajikan keluarga tahanan teroris itu termasuk menyediakan wang bajet beli makanan, sewa rumah dan yuran sekolah anak.

Bahkan, pihak berkuasa menawarkan belanja hotel penginapan dan pengangkutan untuk anggota keluarga banduan datang dari jauh ke Riyadh bagi menjenguk bapa, suami, abang atau adik lelaki yang dihukum menjadi penghuni Al-Hair.

Di dalam kompleks penjara tersebut, ada dibina sebuah hotel sebagai ‘hadiah’ kepada banduan yang berkelakuan baik lengkap dengan hiasan bunga segar, makanan buffet dan ruang khas untuk anak-anak tahanan datang bermain. — Agensi


Arab Saudi Bina Tembok
1,000 Kilometer Halang Militan IS

sumberMYNEWSHUB



اخر كلام 
aswatmasriya.com

مسلسل "سجن النساء"
 وتساؤلات كثيرة حول مفهوم العدالة

Penjara Wanita
Banyak persoalan mengenai 
kefahaman sekitar konsep keadilan !!




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video