Mat Sabu ada ubat 'penyejuk' ? [VIDEO]

Mat Sabu memang boleh jadi 'orang tengah' bagi meredakan ketegangan antara PAS dan DAP sekarang ini..semua dah maklumi apasal DAP 'mengamuk' tak henti2 sejak EKJS II diluluskan oleh DUN Kelantan sedikit hari lalu. 

Umno relek saja...PR yang dok bersilat sama sendiri..macam2 'bunga' depa keluaq nak 'sekeh' kawan ? Tu yang tangan bau tahik tu? akhir episod, Mat Sabu juga kena jadi 'mediator' jadi tukang perbetul balik apa yang dah kerosott selama ini? Mat Sabu juga yang ada 'ubat' penyejuk badan bro ! Kah Kah Kah


Mat Sabu harap 
kerjasama dengan DAP boleh pulih semula

OLEH RADZUAN HASSAN DI KUALA LUMPUR - 25 MAR 2015




Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berharap hubungan DAP dengan Presiden Pas masih boleh dibaiki.

Menurutnya, jalan penyelesaian perlu dicari bagi memantapkan Pakatan Rakyat (PR).

"Cara terbaik ialah pemimpin PR perlu segera bertemu dan mencari titik persamaan untuk terus bersama," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Itu reaksi Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu mengenai keputusan mesyuarat DAP yang memutuskan untuk terus bersama Pas tetapi bukan dengan Abdul Hadi kelmarin.


Mat Sabu yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang memberitahu, keputusan DAP itu memberi impak buruk kepada Pas memandangan Abdul Hadi adalah presiden parti.


"Maka hubungan yang sedia ada semakin runcing dan saya yakin penuh sekusut mana pun hubungan, kalau ada kesungguhan untuk terus berada dalam PR, pasti akan jumpa jalan penyelesaiannya.


"Cara yang terbaik ialah, pemimpin PR perlu segera bertemu dan mencari titik persamaan untuk terus bersama," ujarnya.--MalaysiaGazette


    Madah Suhaizan   

Tolak presiden 
sama seperti putus hubungan dengan Pas - Suhaizan

“Ingatlah, rakyat Malaysia mahukan kita dalam PR berdamai dan carilah titik temu untuk menyelesaikan masalah ini. Saya yakin ada jalan penyelesainnya,” kata Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat kepada Malaysia Gazette.


  Ibarat Tripod  



Pakatan Rakyat diibaratkan seperti tripod, kami tidak boleh hidup tanpa salah satu kaki..

KUALA LUMPUR: PKR membuat keputusan untuk menjadi orang tengah bagi memperbaiki hubungan bergolak antara DAP dan PAS ekoran serangan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pembentangan dan pelaksanaan hukum Hudud.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh berkhidmat dengan baik kepada rakyat tanpa ketiga-tiga parti dan proses perdamaian itu perlu diutamakan oleh DAP dan PAS... More ››


Baguih laa..makin ramai sedaq, ramai nak pakat jadi orang tengah, elok sangat laa tu...jangan kira laa sapa pun nak jadi 'mediator' nya ? janji ada hasil dan PR kembali berbaik seperti sediakala...P.Ramlee kata buang yg keruh, ambil yg jernih !

Kah Kah Kah



Laki bini pun bergaduh tak beghenti !
Ini kan pula DAP ngan PAS?
Biasa la bro ! Jangan pula 
ada menangguk di air yg dah keruh !?

   Kah Kah Kah   



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?