Hitam Itu Tanda Protes !! ?? - [VIDEO]

Sidang Parlimen kali ini agak unik sikit bro ! Ramai MP PR memakai sut serba hitam sebagai tanda protes ekoran pemenjaraan Ketua Pembangkang DSAI atas penolakan kerajaan membenarkan beliau hadir pda sesi Parlimen kali ini hari ini.

Sementara itu pula, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula akan wakili bapanya bagi bacakan ucapan ketua pembangkang bagi menyampaikan suara Permatang Pauh (kawasan Parlimen diwakili Anwar) di dalam Dewan esok.


foto - Mkini


MP PKR dan DAP memakai pakaian sut hitam sebagai tanda protes ekoran pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penolakan kerajaan membenarkan beliau hadir ke sesi Parlimen hari ini.

Beberapa pemimpin PAS juga dikesan memakai pakaian berwarna hitam tetapi kebanyakan mereka tidak sedar dengan langkah itu.

Seorang pemimpin PKR berkata keputusan itu bukan satu "arahan" daripada parti tetapi keputusan kolektif di kalangan mereka..Malaysiakini



Ahli Parlimen Pakatan 
berpakaian hitam tanda protes
Published on 09 March 2015 
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang hadir sempena perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 oleh Yang Dipertuan Agong hari ini berpakaian sut hitam dan berbaju Melayu hitam.

Tindakan itu sebagai tanda protes berikutan pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penolakan kerajaan membenarkan beliau hadir ke sesi Parlimen hari ini..kinitv






Ahli Parlimen pembangkang yang majoritinya berpakaian hitam bangun ketika keberangkatan masuk Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam merasmikan sidang Dewan Rakyat, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Mac, 2015. 
**********

Sementara itu bro ! 


Naib Presiden PKR 
Nurul Izzah Anwar mengesahkan 
beliau akan menjadi "ketua pembangkang" 
di Sidang Dewan Rakyat esok, menggantikan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan titah diraja.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tidak ada sebab beliau tidak boleh mewakili bapanya dalam membahaskan titah Agong di Parlimen esok, kecuali dihalang pihak tertentu.

"Saya akan bacakan ucapan ketua pembangkang bagi menyampaikan suara Permatang Pauh (kawasan Parlimen diwakili Anwar) di dalam Dewan esok.

"Saya tidak nampak ada halangan saya mewakili beliau kerana sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution juga pernah mewakili Anwar membacakan ucapan ketua pembangkang," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. – 9 Mac, 2015..www.themalaysianinsider.com



Comments

  1. Kat msia ni ada 2 orang sahaja yang mampu mengumpul warga ke jalanray bagi menyatakan bantahan.
    1. TGNA
    2. DSAI
    Buat masa sekarang, org yg konon2 hebat pun tak mampu nak mengumpul warga ke jalanraya.
    Ingat lagi ugutan dari HERO nak sejuta ahli bulan berkumpul depan balai jika tok ketuanya tak dibebaskan?
    Ingat lagi masa tu tok ketuanya baru ja mula dah kena cekup?
    Ingat lagi tak? Ada hati perlekeh orang lain.

    Rakyat tengah sengsara dizalimi di setiap penjuru.
    April nanti lagi haru.
    Lu orang dah dapat gaji n elaun MP lu buat tak tahu....buat bodo.

    Gwa yang jahil ni nak peringat, zaman Nabi dan sahabat bukan munafik yg sedang memerintah dan memegang tampuk kuasa.

    ReplyDelete
  2. Perasan tak kamu semua....semasa keputusan mahkamah memenjarakan DSAI....ada perkumpulan warga diluar mahkamah.
    Perasankah kamu tiada 'bom', 'parang' atau 'molotov cocktail' ditemui.
    Tak rasa pelik ke?

    Atau kamu semua pelik kenapa DSAI berjubo sahaja?
    Atau kamu semua pelik kenapa DSAI menjadi agen yahudi?
    Atau kamu semua pelik kenapa DSAI menyatakan tangguh hudud?
    Serius.....kamu bodoh.
    Amik contoh presiden kamu....semasa dia jadi Naib Presiden dulu buleh ke dia buat keputusan hala tuju parti?
    Kenapa ketika itu nama dia tenggelam ja macam xda suara?
    Bila jadi presiden, pegang kuasa, hala tuju dia tentukan...betul tak?
    Ke tak paham contoh aku bagi ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?