Posts

Showing posts from March, 2015

Amukan Gadis Myvi di Shah Alam -Video Penuh

Image
Dapat disimpulkan, bila mana gadis2 melayu mengamuk macam nie bro ! macam orang 'hilang akal' persisnya ? akhlak dan mutu tingkah laku 'generasi kini amat memalukan ! mereka dipukul oleh si drebar teksi mungkin kerana kata2 kesat yang dihamburkan?  Harta dan kereta seolah terlalu 'unggul' dipertahankan ? nilai dan budibahasa sudah diketepikan? dek kerana tidak tahan mungkin dgn asakan gadis2 ini...si drebar teksi seolah hilang pertimbangan..terus mengasari antara gadis2 itu? lalu si bapa yg dihubungi membalas perlakuan yg sama kpd si drebar teksi ? Dua kali lima jadinya? pukul memukul?  Sepatutnya semua ini boleh dielakan bro ! benda telah terjadi..bincang baik2 ! pergi report !! Selesai. Tak bolehkah macam tu ? Bukan teruk tara mana pun! Seneghih (gesel) kereta saja!! Mengamuk pun bukan kereta tu boleh jadi elok balik laa tu jugak ! Kah Kah Kah

Rafizi sempat beri ceramah GST semasa dalam tahanan

Image
Rafizi sempat beri  ceramah GST semasa dalam tahanan OLEH RADZUAN HASSAN DI KUALA LUMPUR - 31 MAR 2015 Foto - MalaysiaGazette

Datuk Bandar Pertama Pulau Pinang

Image
Apa pun..tahniah dulu dari aku atas pilihan ini. Datuk Patahiyah Ismail akan tercatat sebagai Datuk Bandar Georgetown Pertama untuk kesekian kalinya. Tahniah. Datuk bandar pertama  George Town hadapi pelbagai cabaran Datuk Patahiyah Ismail

PAS Tidak Pernah Serik? Ditipu hidup hidup oleh Umno !

Image
Padan muka PAS  ditipu hidup hidup oleh Umno!

‪‎Maqasid Cyclotour Borneo 2015‬ - Kembara Basikal -Siri Satu

Image
Kali ini bro..aku memberikan penghargaan kepada anak lelaki aku, seorang lulusan ekonomi UIA bersama dua rakannya yang lain membuat jelajah Borneo yang sudah masuk hari ke 5 hari ini.  Tahun lepas mereka membuat kayuhan ke Singapura, dan seluruh Semenanjung termasuk selatan Thai melalui Kelantan ke Pekan Golok dan balik semula ke Sg. Petani.  Berikut adalah beberapa foto menarik yang sempat beliau poskan ke FB  Kembara Basikal   juga di Instagram beliau sendiri... Kah Kah Kah Hari Pertama

Penang Dah 'Hilang' Jiwa ? 2 [VIDEO]

Image
Ini penilaian orang luar, orang Jerman, pelancong bro ! beliau ialah seorang pakar,  pakar teknologi hidrologi... Memang P.Pinang sudah tidak lagi mengundang keunikan seperti dahulu..sekurang2nya dalam era '60an dan '70an yang menyaksikan keaslian Pulau ini seperti dalam suatu 'lukisan' dan 'igauan' pelancong.. P.Pg terlalu sesak sekarang..dua jambatan penghubung serta feri yg berulang alik saban jam menjadikan pulau ini sudah tidak menarik lagi? sudah tiada 'jiwa'? Kah Kah Kah Pengangkutan awam seperti 'kereta galah' atawa 'tram' sudah lama pupus..Hin Bus, Yellow Bus pun kurang beroperasi lagi..Abang beca pun dok lena saja? kah kah kah Perkampungan melayu tradisi seperti Tanjong Tokong, Kg. Pisang Awak di Jelutong, Kg. Melayu Batu Uban, Kg. Melayu Sungai Gelugor dan Kg. Kastam juga di Klawai berhampiran Pulau Tikus..hanya tinggal nama saja..begitu juga Kg. Melayu di Sg. Nibong dan Batu Ferenghi kian pupus bro ! Kg. Dodol di Jln P

Rumah Mewah Pendatang Indon ! Jangan Cemburulah !

Image
Kebanjiran warga asing dan kemakmuran yg mereka kecapi di sini, patutnya 'membuka' mata warga tempatan untuk lebih berkerja keras lagi - kadang tu seorang 'pegawai' tempataan yang bergaji lumayan pun belum tentu mampu miliki rumah agam seperti halnya sesetengah warga asing seperti warga Indon di Johor yang 'pandai' mengubahsuai' rumah kos murah menjadi rumah 'agam' yang mencecah ratusan ribu ringgit atawa hampir setengah juta?  Ini satu 'motivasi' terbaik sebenarnya untuk lebih 'mengujakan' warga tempatan belajar bagaimana mereka juga boleh jadi seperti dan persis warga Indon yang asalnya hanya pekerja buruh di pelbagai sektor di tempat dan di bandar2 utama di Malaysia...Jangan cemburulah. Warga Indonesia  mewah di Malaysia salah kita ?   OLEH HAMDAN OTHMAN DI JOHOR BAHRU - 27 MAR 2015  

Mat Sabu ada ubat 'penyejuk' ? [VIDEO]

Image
Mat Sabu memang boleh jadi 'orang tengah' bagi meredakan ketegangan antara PAS dan DAP sekarang ini..semua dah maklumi apasal DAP 'mengamuk' tak henti2 sejak EKJS II diluluskan oleh DUN Kelantan sedikit hari lalu.  Umno relek saja...PR yang dok bersilat sama sendiri..macam2 'bunga' depa keluaq nak 'sekeh' kawan ? Tu yang tangan bau tahik tu? akhir episod, Mat Sabu juga kena jadi 'mediator' jadi tukang perbetul balik apa yang dah kerosott selama ini? Mat Sabu juga yang ada 'ubat' penyejuk badan bro ! Kah Kah Kah Mat Sabu harap  kerjasama dengan DAP boleh pulih semula OLEH RADZUAN HASSAN DI KUALA LUMPUR - 25 MAR 2015

Papatuk ! Foto Menarik DSAI Di Mahkamah Syariah Hari Ini {VIDEO]

Image
Hilang rindu yg terpendam... Bersama papatuk DSAI memeluk cucu2nya

Edisi Serantau - Batu Jade Binaan Mesjid Baru Di Aceh

Image
Batu Jade biasanya dijadikan batu cincin bro dan satu kemegahan dalam epik China. Hanya orang2 kaya dan kumpulan bangsawan yang berpeluang memiliki batu permata ini bro ! Jade selalunya berwarna hijau tua dan ada juga berwana keputihan,warna sutera putih, hitam dan kekuningan ! tetapi kalau mesjid disalut dan dibangunkan dengan batu jade ini..alangkah indahnya mesjid tadi untuk digambarkan. Moga hasrat Aceh menjadi kenyataan. Jade yang dijadikan batu cincin

DAP 'angau' kekasih baru ? kata Gerakan ! [VIDEO]

Image
Siapakah 'kekasih baru' yang dimaksudkan oleh Gerakan tu bro? Kah Kah Kah Iklim politik Malaysia kian panas sekarang nie bro ? Pas bukan lagi idaman DAP? dah lama dah depa dok makan minum sekali, cuma tidoq lain2 kelambu, ada laa sekali sekala buat kenduri sekali, tu pun panggil, jemput tak habis..kah kah kah Sakan juga Gerakan 'tibai', 'sindir' DAP tu bro ! sampai kata DAP nie dah 'menggatal' dah 'miang' nak cari 'love'baru ? Kah Kah Kah Sementara itu, Umno sendiri pun berbelah bahagi dalam 'menerima' isu Hudud Kelantan ? (lihat video) di bawah..tu agaknya DAP nak 'lamar' tu macam kata Gerakan ? akhirnya? PAS kena 'main' tak? Kah Kah Kah

Pas, EKJS II Dan Pakatan ! [VIDEO]

Image
PAS telah selesai bentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS) dan telah diluluskan oleh DUN Kelantan, cuma belum boleh laksanakan sehingga mendapat persetujuan di peringkat parlimen.  Rentetan dari itu belum juga selesai terutama dalam Pakatan Rakyat bro ! Hari2 DAP mengamuk, bro! Umno pula macam ada 'udang' sebalik mee, bro ! nampak macam ada hasrat terpendam di sebalik 'persetujuan' dan sokongan mereka secara tiba-tiba saja?? mana tidaknya, dah hampir enam dekad mereka menerajui kerajaan ! tidak pula mereka sendiri berhasrat membawa isu ini..malah di peringkat awalnya dulu..Umnolah menjuarai sebagai penentangnya ! Yang sempoi sekarang ini bro ! MCA dan Gerakan memberi tekanan kepada Umno? pasai dok tak dok Umno pi sokong EKJS II ini ! Laa nie Umno dok pening sejuruih macam mana nak hadapi rakan gerombolan mereka ? Kah Kah Kah DAP dan PKR sepatutnya faham dengan 'kongkalikong' ini, tak perlu rasanya DAP mengamuk, tak perlu rasanya PKR menyongsong

Video hudud BFM cetus kemarahan

Image
Pengajaran dari satu penonjolan satu klip video dgn mempersendakan 'Hudud' oleh BFM Kupas yang menampilkan seorang pelakon wanita, mengundang padah bila ada ugutan serta ancaman terhadap pelakonnya yang dikenali sebagai Aisyah Tajuddin   BFM kecewa ancaman bunuh, rogol penyampainya  dan ia turut dikongsi sedih oleh keluarga sendiri ( baca luahan sedih bapanya -  Bapa sedih Aisyah diancam 'bakar, rogol'  -   ). Perlakuan dan lakonan dalam video berkenaan dilihat lebih kepada cubaan 'menghina' dan 'merendahkan' serta 'mempersendakan' hukum Hudud itu sendiri, itu sebenarnya..dan inilah yang ditanggapi oleh masyarakat Islam secara umum ! sebab itu ia mengundang pelbagai kecaman masyarakat yang cintakan Islam.

Jika Husam Jadi Presiden PAS ?

Image
Husam sebenarnya adalah 'Permata PAS' yang tersembunyi bro ! Permata selalunya 'mahal' dan tentunya dari jenis yang berkualiti dan bermutu tinggi ! Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa telah mendapat 2 pencalonan, melayakkan dirinya mencabar jawatan presiden PAS, yang kini disandang oleh Abdul Hadi Awang.

Sekilas Pandang ! '

Image
Ingin menjadi jutawan?  Menurut Ku Li, anda boleh jika anda seorang ketua bahagian Umno selama dua tahun!? Adakah itu benar?

Ku Li mula bersuara - [VIDEO]

Image
Tengku  Razaleigh:  Adakah GST  untuk bayar hutang k’jaan?

Hadi Diasak Betulkan Kemelut PAS - [VIDEO]

Image
PAS Batu  berpisah daripada kepimpinan pusat, kecewa dengan Hadi

Inilah PAS

Image

Soal Jawab Bicara Politik Semasa Dr Zuhdi vs Yb Khalid - Video Wajib Tonton

Image
Soalan-soalan PANAS dari penonton. Jom saksikan! Anda pertimbangkanlah sendiri !!! Carilah hujah siapa mantop !  Kah Kah Kah Published on Mar 12, 2015 Bicara Politik Semasa Anjuran PAS Kawasan Kelana Jaya Tarikh : 11 Mac 2015 Tempat : Pejabat PAS Kawasan Kelana Jaya Moderator : Ustaz Ramadhan Fitri Panel 1 : Dr Mohd Zuhdi Marzuki Panel 2 : YB Khalid Samad Maaf jikalau Video kurang baik dek kerana tempat yang terhad dan limpahan pendengar yang tidak dijangka-jangka.

Ulama PAS - Kami Tak Kejar Jawatan - Dunia Katun Megat !

Image
Dari lakaran   Megat Cartoonist Kki   seorang kartunis berbakat yang sentiasa meggarap isu semasa melalui cakaran imaginasi seorang pelukis juga  kartun karikatur politik, bukan mudah menjadi kartunis 'politik' bro ! Lat, Zunar, Rejab Had, Abd Halim Teh, Raja Hamzah, Wak Ketok, Dol Kropok dan ramai lagi menjadi penyeri akhbar dan majalah sebelum dan pasca merdeka bro ! Karikatur politik oleh kartunis dahulu dan sekarang mampu dan pernah menggemparkan masyarakat Melayu seketika dahulu bro..dengan episod-episod lucu, bernas,sinis dan sindiran yang menyorot liku kehidupan, terutama dalam perihal sosial, politik dan keagamaan. Sudut pandangan para kartunis ini sangat kritikal melalui pencernaan humor mengandungi banyak pengajaran dan nasihat. Kartun Politik:  Federation of Malaya (1947)

Kotak Angpau Kena Kebas Daa

Image
Ini cerita kenduri kahwin orang Cina bro ! Cekap juga warga luar yang buat keroja tu, sampai tuan rumah pun tak sedar, leka dengan majlis kendurinya . Orang Cina, kalau bagi ang pau masa kenduri depa! bukan sikit2 bro ! boleh beli, boleh buat rumah baru bro ! bukan macam kita, senggit pun huloq juga..pasai masuk dalam sampul ! meriah macam mana pun kenduri kita, cekak lurut depa kira juga ! kah kah kah

Ustaz dalam PAS memang bermasalah, kata Hanipa [VIDEO]

Image
Ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh YB Hanipa Maidin yang dikira cukup berterus terang.. pertama ustaz2 dalam Pas yg kuat mengampu presiden, yg akan menyebabkan sokongan membawa rebah kata Hanipa ! kerana sekali pun ada kelemahan Presiden? mereka ustaz2 nie, langsung tidak membetulkan dan menegur.. 'Ampu, tak boleh ditegur menular dalam PAS' Kedua, mengenai perlantikan Mursyidul Am Pas yang baru. Hanipa mendakwa sangat mengecewakan apabila beliau (Harun Din) mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan perlembagaan PAS, bilamana Mursyidul Am baru itu menggesa Pas supaya Hadi dikekalkan atas kapisiti jawatan yang Hadi sandang sekarang ini. Lihat  Malaysiakini -  Hanipa: Haron tak wajar gesa kekalkan Hadi   sedangkan Hadi sendiri tiada masalah bila bersedia dicabar? lihat   Hadi: Kerusi presiden PAS boleh dicabar  

Masihkah PAS Dapat Dokongan Bukan Islam?

Image
Pas For All nampaknya dah tak berapa kesampaian bro ! PAS perlukan Presiden yang baru dalam pemilihan parti pada tahun ini sebelum menghadapi PRU ke-14! PAS perlukan Presiden yang boleh menyatukan semua ahli PAS, penyokong PAS dan menyatukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama jika PAS ingin menggantikan umno untuk memerintah Malaysia dan menguasai Putrajaya! kalau tidak? just forget it bro ! biarkan saja Pas jadi wadah untuk usrahkan ahli yang mahukan demikian saja bro !

Forum Menarik - Ke Mana PAS Tanpa Tuan Guru Nik Aziz - Video eksklusif

Image
Satu forum menarik sebentar tadi - elok sangat direnung...membariskan ahli politik, wartawan dan penulis.

Bertanding Dulu Laa Baru Ejas - Baru laa demokrasi ? [VIDEO]

Image
Kiasan yang DTITM sebut bila beliau menolak pencalonan Kota Bharu sebagai calon alternatif yg dikemukakan oleh Pas KB untuk jawatan Presiden PAS di Muktamar June nanti bro ! tak berapa ngam sangat kiasan tu. Tasybih yang diutarakan , rasanya tak berapa sesuai sangat, kera tidak berapa hampir 'perbandingan' itu? tidak begitu  ( طرفي التشبيه ) dalam ilmu bayan bro ! bahasa mudahnya, membanding ilmu saja? tidak 'leadership'?cuba baca ini -  الفصل الثاني ـ علم البيان ـ (ب) في التشبيه    hanya sekadar melihat kesesuaian perbandingan sahaja.. Soal padan tidak padan ilmu dgn Hadi itu, satu cerita lain bro, yang orang nak lihat soal 'leadership' ! soal kepimpinan Hadi itu ! Orang Pas mau 'change' ini adalah kerana faktor 'kepimpinan' beliau yang semakin mundur ?..itu saja bro ! bukan sangat pasai ilmu yg dimiliki ! Kes Dr Hatta dan Dr Dzul, setakat ini Hadi dilihat 'no say' bro ? Ini faktor 'leadership' ! Nampak sangat seolah PAS ke

'Ustaz' Pilihan Abby ? kahwin ke Belum? [VIDEO]

Image
Aku bukan minat sangat ngan artis2 baru begini..kecuali ada laa sikit minat di era 50an dan 60an..lepas tu aku dah tak ambik kisah sangat dah dengan dunia artis nie bro ! Kah Kah Kah Dulu jangan mimpi laa artis2 nak kahwini ustaz bro ! ustaz ngan artis tak boleh berlaga langsung...tak ngam gitue ! coba ingat ayat di bawah nie bro ! inilah ayat Mak Dara kat Sabariah Mansur yang tergila2kan 'Kasim Selamat' dlm 'Ibu Mertuaku' ...kah kah kah Siapa dia Kasim Selamat?  Lawyer? Majestrate? Ahli muzik ! Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik ! Anak tidak mengenang ja sa !

Kedaulatan Selangor ? - [VIDEO]

Image
Tindakan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor tidak meneruskan perjanjian induk penstrukturan air Selangor antara kerajaan negeri dan pusat yang berakhir, tidak akan dilanjutkan selepas penangguhan kali kedua..akan meresahkan Putrajaya buat masa ini. . "Apabila saya menjadi menteri besar September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian. Tetapi kerajaan persekutuan gagal memenuhinya, bahkan meminta lanjutan tempoh. “Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan kerajaan negeri,” kata Azmin ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.. Sumber Perjanjian penstrukturan air Selangor ditamatkan kerana Putrajaya mahu menuntut tanah kerajaan negeri itu yang akan dilalui paip saluran air terbabit, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali..  Perjanjian air tamat kerana Putrajaya mahu tanah Selangor, kata Azmin foto - Mkini

Hitam Itu Tanda Protes !! ?? - [VIDEO]

Image
Sidang Parlimen kali ini agak unik sikit bro ! Ramai MP PR memakai sut serba hitam sebagai tanda protes ekoran pemenjaraan Ketua Pembangkang DSAI atas penolakan kerajaan membenarkan beliau hadir pda sesi Parlimen kali ini hari ini. Sementara itu pula, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula akan wakili bapanya bagi   bacakan ucapan ketua pembangkang bagi menyampaikan suara Permatang Pauh (kawasan Parlimen diwakili Anwar) di dalam Dewan esok. foto - Mkini

Jom Makan Udang Galah Besar !! Hmmmm ! Sedap !

Image
Udang Galah, puyuh, ketam goreng, memang kat sini pun ada bro ! tapi jenuh melilau laa nak pi cari...apa kata kita bertandang ke Thailand..sempadan aja bro ! ke Hadyai..pi cari segala makneka ini untuk puaskan selera yang lama dah kemarau dengan udang, dan masakan sikit berbeza dari orang2 di sini ! Tapi yang jarang ada kat sini ialah Roti Kukus Hadyai yang dijual secara santai tepi2 jalan..tapi beringat sikit status halal haramnya, kerana ia dijual oleh penduduk Thai bukan Islam..lain2 makanan laut, puyuh dan ayam goreng tu dijual oleh orang Islam Malaysia yang berhijrah ke sana ! Harga tak adalah mahal sangat..boleh makan laa bro ! bawa laa pitih banyak sikit ! Kah Kah Kah Udang besar goreng Hadyai    HAMDAN OTHMAN  DI  KUALA LUMPUR Menyelerakan bro ! Udang Galah siap goreng yg diual di Hadyai

DAP Tuduh Ejen UMNO Yang Pukul Dr. Dzulkefly ???

Image

Foto Menarik Sekitar #KitaLawan 7 3 15 - [VIDEO]

Image
#KitaLawan berakhir di KLCC, PKR anggar 10,000 hadir Pergerakan #KitaLawan oleh Pemuda PKR tetap diteruskan dengan perarakan mega di Kuala Lumpur petang ini bagi mendesak kebebasan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun pihak polis memberi amaran agar ia dibatalkan.  Gambar - TMI

Penjara Terbaik Di Dunia ! [Video]

Image
Bro n Sis !! Konsep penjara dalam Islam tentulah berbeza dgn kesalahan dan hukuman yang dilalui dlm hukum konvensional. penjara ialah tempat pesalah yang dihukum menjalani semua jenis kesalahan sekalipun terdapat berbagai istilah yang disebut seperti kerja paksa atawa seumur hidup, tahanan politik dan sebagainya.  Dalam fiqh penjara..tuntutan dalam konsep pemenjaraan tidak terlepas dari aspek pendidikan, sosiologi, biologi dan lainnya.. Di sinilah Islam ingin mengetengahkan dan menunjukan ketika seorang menerima hukuman penjara? adalah bertujuan untuk mereka disekat dan dibatasi gerak sosial mereka yg bebas dulunya juga disekat berinteraksi dengan dunia luar. Ini asasnya !  Tetapi, hak dan kebajikan sebagai seorang manusia tidak boleh disekat ! tidak boleh dihalang..mereka hendaklah dirawat dengan sebaik mungkin seperti mendapat makanan yang seimbang, sesuai..tempat kurungan yg bersih, sinar matahari, air bersih, angin segar dan lainnya ! Bukan sebaliknya bro ! ini kerana ada pihak

Foto Bercerita ! [VIDEO]

Image

Terlalu 'Besar' itu Menakutkan Isteri Bro ! - Santai Jumaat

Image
Woman Begs  For Divorce  After 1 Week Of Marriage Kredit foto -   thisisafrica.me

Hala tuju politik negara dilihat kalut – Dr Mohammad Agus

Image
Mat Sabu dengan Hatta akan disiasat dan nak ambil tindakan? kalau kononnya benar seperti dakwaan kumpulan pro-ulamak tu?- mudah kalam, kenapa penularan gejala 'samseng' dlm 'ulamak PAS' ini pula tidak disebut langsung untuk diambil tindakan? hanya kerana mereka pro-ulama? Tengok demonstrasi di depan Pejabat Agung PAS sikit masa lalu? Tengok apa yang berlaku di Muktamar? Sapa punya kerja nie? ada tindakan? hanya setakat teguran biasa oleh Hj. Hadi dan Mustafa Ali kpd mereka ! takat tu laa saja ? Sikit tak ubah mcm Umno..pro ulamak nie..main borong buat tuduhan, fitnah, lepas tu guna bahasa yg tak wajar ulamak gunakan - mencarut, makidan bahasa2 jelik jijik lain? Tu yang kalut tu..Adiosssss .

Behind The Wheel - Kereta2 Klasik -[VIDEO]

Image
Hangpa minat kereta lama bro? 'vintage' car ? kereta klasik? Austin Mini, Simca, Toyopet. Ford Prefect, Volkswagen Beetle, Blue Bird, Toyopet dan banyak lagi bro ! kalau ada, boleh buat pitih bro !  Kita santai kejap dengan kereta2 lama nie? Nostalgia bro ! aku dulu dok naik  Vauxhall bro ! abang punya daa...bubuh minyak RM10 masa tu..penuh tangki bro..tahan seminggu ! jenuh melilau, merata pi tengok sarkis ! tu masa Malaya tak ada 'minyak' bro ! Kah Kah Kah Perasaan yang dikongsi  oleh semua pemilik kereta klasik adalah emosi  atau sejarah untuk sesuatu kereta itu.

Kelemahan Sistem Tarbiah Punca PAS Retak - [VIDEO]

Image
Siapa yg boleh nafikan bahawa PAS tidak retak? hampir pecah maaa ! Kalau nak buat analisis ? jenuh berkarung nak tulis asbab dan pasainya bro ! Ini semua kerana pelbagai kemelut jelik dan jijik sesetengah pihak seronok dan suka dgn budaya baru label melebel (Takfiri) oleh satu pihak kpd pihak yang menjadi saingan mereka untuk merebut pengaruh dan jawatan utama dalam badan siasah itu.. Paling utama, sistem tarbiah yang dulunya menjadi teras dan pakaian ahli dan jamaah sudah tidak diperdulikan lagi ! kalau ada pun hanya untuk kumpulan dan puak2 tertentu sahaja.. PASTI pun dengar khabarnya, kian kurang menyengat dan kurang mendapat sambutan..ramai beralih angin ke maahad2 tahfiz seluruh negara misalnya...Kah Kah Kah Ada orang tu? tuduh orang ni 'barua' ? sedangkan yg menuduh pun tiada bukti maa..pakai seghebu macam tu saja...Jadi, Jadi ! Adakah ini sistem tarbiah yg depa dapat di luar negara tu? Kah Kah Kah. Siapa yang tuduh orang barua tanpa disediakan bukti kukuh.. sebenarny

GU/UG BACUL HADAPI REALITI POLITIK ALAF KINI.- [Video]

Image
Nik Abduh Ditanya Siapa Barua Itu? Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan siapakah golongan “barua” yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu. Katanya, setahu dirinya tidak ada barua dalam PAS tetapi oleh kerana Nik Abduh membuat dakwaan itu, maka beliau perlu membuktikan bahawa kenyataannya adalah betul.

Banyak sungguh isu merepet dalam PAS ? [VIDEO]

Image
Menentang Hadi dan ingin 'singkirkan' sosok ini melalui Muktamar umpamanya, boleh dianggap satu 'kesalahan' besar dari sekumpulan puak 'tertentu' dalam PAS..isu ini berterusan didendangkan ke telinga ahli2 PAS, terutama yang pro ulama dan membenci kumpulan 'Profesional' dan ' Progresif , Baca kenyataan Zuhdi semalam untuk    menjatuhkan     Hadi sebagai Presiden PAS ?    PECAHKAN PR AGENDA UMNO-UG   foto fail Mkini 1 Mac 2015