Spekulasikah Semua Ini ?

Ada dua 'berita' sehari dua ini, melibatkan dua sosok AJK PAS Pusat ! Dr. Hatta Ramli dan YB Hanipa Maidin ! 

Sebelum kejadian pagi ini yg melibatkan 'cubaan membakar' kereta Dr. Hatta. telah keluar berita ? yg telah menjadi 'viral' di laman2 sosial bahawa Hanipa Maidin telah dipukul di belakang ,namun YB Hanipa Maidin berkata berita itu hanyalah spekulasi sahaja.


Kereta Hatta Ramli cuba dibakar pagi tadi
Published: 14 February 2015 8:52 AM

foto - www.themalaysianinsider.com

Seorang individu yang tidak dikenali cuba membakar kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli yang terletak di luar rumahnya, namun dihentikan seorang pengawal bertugas. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Februari, 2015.
Seorang individu yang tidak dikenali cuba membakar kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli yang terletak di luar rumahnya, namun dihentikan seorang pengawal bertugas. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Februari, 2015.
Kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dibakar di luar rumahnya dekat Hulu Klang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, sebuah kereta lalu dan individu tidak dikenali cuba membakar kereta itu, namun ia disedari pengawal bertugas yang membunyikan hon motosikalnya.


SUMBER
Spekulasi ?

Anak Dr Hatta yang bernama Khalil dikatakan berjaya memadamkan api itu.

Pihak bomba dan polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian, bagaimanapun, Dr Hatta tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.
Sahabat rapat Dr Hatta, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan kejadian itu.

"Dr Hatta memaklumkan kepada kami kejadian ini pagi tadi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun yakin kejadian tersebut angkara orang luar dan berniat jahat bagi menimbulkan konflik dalaman PAS ekoran tuduhan yang dibuat ke atas Dr Hatta dalam satu demonstrasi di ibu pejabat parti PAS Ahad lepas.

"Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dari apa yang berlaku," kata Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat itu.

Ahad lepas, sekumpulan ahli PAS yang dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik mengadakan demonstrasi di perkarangan pejabat itu.

Mereka mendakwa Dr Hatta mendalangi satu konspirasi menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan kewujudan konspirasi itu, namun berjanji akan membuat siasatan mengenainya. – 14 Februari, 2015..www.themalaysianinsider.com


******************

SUMBER
Masih Spekulasi ?

******************************

Kejadian seperti ini, amat dikesalkan bro !..kita melihat sudah ada 'kebencian' yang serius kepada individu tertentu dalam harakah Islam ini ! malu bro ! ramai yang faham kerana mereka tidak mengenali musuh sebenar untuk berhadapan secara 'gentleman' bro !..

Dua sosok yg dimaksudkan, seolah menjadi musuh kpd mereka yg bencikan 'orang2' ini? sedangkan sosok2 seperti inilah yang betul2 'workable' dan bertungkus lumus menyalurkan usaha dan penat lelah mereka sehingga PAS mmpu menang bergaya dalam PRU13 dahulu..Janganlah orang PAS pun dok bawa perangai ala-ala puak sarkis yang dikenali itu ! lihat matlamat lebih jauh yang perlu semua pihak gembeling tenaga.

Semua ini perlu dihentikan segera..dan kebencian terhadap sesuatu kumpulan yg tidak kita gemari itu? akan diambil kesempatan oleh pihak yang satu lagi ?

Spekulasi ini, hanyalah kerana sosok sedemikian seolah masih mahu 'menjaga' 'air muka' orang tertentu dan tidak mau perpanjangkan 'perangai budak2' yang telah dihasilkan? 


www.alawfa.com
Mafhum ringkas - Al-Maaidah: ayat 8

"....Dan janganlah sekali2 kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" [Al-Maaidah:8]

Comments

  1. continue la gaduh cmni at last abuk pun tarak...
    stop la sume ni n pk how to make PR kuat bukan
    nk suruh org makin xsuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika benar, ia amat merugikan Pakatan Rakyat. Namun, ini kerja mereka yang cuba menjatuhkan Pakatan.

      Delete
    2. Jika benar, ia amat merugikan Pakatan Rakyat. Namun, ini kerja mereka yang cuba menjatuhkan Pakatan.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?