Soalan Kena Batang Hidung PAS sendiri?

Sehari dua ni, bukan main lagi kumpulan 'ulama' PAS turut terjebak dalam siri 'melawan' rakan dalaman sendiri ! siri 'serangan' terhadap Mat Sabu dan Dr.Hatta sehingga ini kian disemarakan hingga ke dalam 'Multaqa' Ulama PAS (21 Februari 2015) hari ini...(Dewan Ulama lancar 'perang' )

Bila Mat Sabu dijadikan 'punching bag' dalam 'serangan' di Multaqa Ulama tu.. mudah saja Mat Sabu jawab..Dia tak marah2 macam 'ulama' perasan tu ! baca sini Terserah kepada perwakilan - Mat Sab ..

MULTAQA MENJADI MEDAN MENCACI HAMUN
Multaqa tidak berfungsi merapatkan saf di kalangan Jemaah di dalam Pas malangnya bertindak menjadi medan mencaci dan memaki hamun sesama sendiri.. Dari lebelkan sesama jemaah kepada Jebon bertukar menjadi Syaitan dan Babi..
Inikah kumpulan yang di lihat ingin memiliki kuasa di dalam Pas..? Jika inilah kumpulan yang di dakwa perlu mempunyai kedudukan yang sewajarnya di dalam Pas tunggulah saat kehancurannya.. Mereka seolah ingin berputar membawa Pas kebelakang di sekitar era 70an dan 80an.
Urusan tidak di serahkan kepada ahlinya.. Tunggulah saat kehancuran..~‪#‎Rakyat_Bangkit‬

Apasal takut sangat PASMA? Dah berbuih mulut dok habaq..Lahirnya PASMA pasai kemelut ulama nie laa juga dalam PAS..Ingat kes MB S'langor sebelum Azmin Ali ? Ingat ? Hasil 17 Ogos 2014 dinasakhkan pada 25 Ogos 2014 oleh Ketua  'ulama' juga laa bro? PASMA tu nak bantu Pakatan Rakyat..termasuk laa PAS juga ! Awat yang tak mau paham? Ngan 'Umno' bukan main lunak lagi? Tak ada sapa pun dari MSU yang tegah bersenandung dengan Umnuuuuuu nie? apasal? Kah Kah Kah

Dewan Ulama Pas Pusat mengulangi larangannya terhadap ahli Pas supaya tidak terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) kerana NGO yang berteraskan ajaran Islam liberal itu bertentangan dengan dasar Pas...Kah Kah Kah..tang mana yang bertentangan tu ? Cer habaq  mai? atau dah kecut nak chelen kebangkitan Profesional? takuit sangat nie apasal? 

Pemangku Ketuanya, Datuk Ahmad Yaakob berkata keterlibatan ahli Pas dalam Pasma dipercayai kerana wujudnya juga aliran pemikiran songsang hingga mengetepikan syariat Islam...Kah Kah Kah.. Songsang? Hang seghebu semacam jer tuduh orang ? Bila depa ketepi syariat? Habaq mai..jangan dok peghiyat..yang dok tuduh tanpa bukti? Yang dok maki orang baruah..yang dok pijak gambaq orang tu? Syariat tang mana? yang tok ketua dok cakap putaq belit tu? syariat ke ajaq macam tu? Kah Kah Kah

aam.my

Fb - Rakyat Bangkit
Umno marah terra mana pon kat pemimpin depa belom lagi tengok buat camnie
Dap marah terra mana pon kat pemimpin depa belom lagi tengok buat camnie
Pkr marah terra mana pon kat pemimpin depa belom lagi tengok buat camnie

Tapi main penyokong Pas yang ngaku Islam amal amalan dan akhlak Islam depa main suruh pecat aja pimpinan depa jika tak suka...dan yg paling terharu bila ada sanggup memijak sendiri..See More



Cantik Bahasa 'Ulama' Multaqa Noo??



Ulama ke? Depa nie semua?
Multaqa sambung maki hamun yang belum selesai semasa Muktamar ke 60 dahulu..maki hamun pakaian ulama ke?

Kah Kah Kah

Perwakilan Ulama dari Kedah ini asalnya hanya tukang  kebun Sekolah Menengah Keat Hwa. Apa kelulusannya? al-Husseyn


*******************************************************

fotoselangor.pas.org.my


fotowww.utusan.com.my

Tajuk Utama MM 22 Feb2015
Baguih laa ! Dah ada yang boh 'jarum' tu !


Banyak portal termasuk Akhbar Sinar Harian hari ini antara lain melaporkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Iskandar Abdul Samad yang bertanya, "Siapa musuh PasMa, PAS atau Umno?"

(Baca kenyataan PJ PAS Selangor ini) -

PASMA : HENDAK LAWAN PAS ATAU UMNO?


Sepatutnya saya yang bertanya Iskandar soalan itu, kenapa beliau memusuhi PasMa?
Mengapa bermusuh dengan kerja buat PasMa yang jejas mahu mengukuh sokongan rakyat terbanyak pada kerjasama PAS bersama DAP dan PKR selama ini?
Green Boc
Hebat Multaqa Ulama 
Tapi Takut Kepada PasMA.
Kah Kah Kah

Sepatutnya ahli PAS yang menyertai PasMa tidak dilayan dingin oleh kepemimpinan parti hatta beliau sendiri.

Ini kerana, fokus PasMa adalah mengukuhkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat, sekaligus menolak kezaliman Umno BN selama ini.

Menolak kezaliman Umno adalah kerja buat PAS sebelum ini, maka sepatutnya fokus PasMa menolak kezaliman Umno BN tidak dilayan dingin oleh Iskandar jika beliau jujur menentang kezaliman Umno.
Kah Kah Kah
Ini jawapan Mat Sabu !
Terserah kepada perwakilan - Mat Sabu 
Beliau sedar siapa yang meletakkan beliau di situ Mat Sabu berpegang kepada prinsip demokrasi di dalam PAS, tidak melulu dan berkepala batu!
Baca lanjutan di www.astroawani.com


Terserah kpd Perwakilan !

Pakatan Rakyat melalui PKR dan DAP boleh menyambut kerja buat PasMa, mengapa beliau masih menganggap PasMa bermusuhan dengan PAS pula?

Setahu saya, ada pemimpin PAS seperti Timbalan Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu diboikot oleh segelintir anggota PAS yang anti Pakatan Rakyat dengan keluar dewan beramai-ramai dalam program parti, sebelum ini.

Dalang sabotaj ini bermusuh dengan Pakatan Rakyat atau Umno? Itu, yang Iskandar patut jawab dulu.


Green Boc
Pil "WALA" 
Dijaja Semula Sempena Pemilihan

Wala'
di GEMA kan kembali sebagai candu 
untuk meraih undi perwakilan dalam Muktamar ke 61 akan datang..

Di Terengganu dan Kelantan, pelbagai ugutan diterima oleh penganjur untuk sabotaj dewan yang ditempah untuk program rasmi PasMa.

Iskandar mungkin boleh bertanya kepada segelintir puak anti Pakatan Rakyat dalam PAS juga, musuhnya PasMa atau Pakatan Rakyat?

Apabila pemimpin utama PAS peringkat Pusat dan negeri dilarang duduk sepentas dengan pemimpin PasMa, PKR dan DAP dalam beberapa forum terbuka sebelum ini, saya sendiri ingin bertanya Iskandar, musuh sebenar PAS adalah PasMa serta Pakatan Rakyat atau Umno BN?


Iskandar wajar jujur menjelaskan kepada akar umbi parti Islam berkenaan. Musuh sebenar PAS sebenarnya PasMa atau Umno, jika beliau sendiri jujur mahu mengukuhkan Pakatan Rakyat.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

"...dan, apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan..." [Surah Al-An'am: 152]
PasMa akan terus mengukuhkan sokongan rakyat terhadap PAS, PKR dan DAP yang menjadi tonggak utama Pakatan Rakyat.

Iskandar mahu PasMa terus dimusuhi PAS atau membantu PasMa memusuhi kezaliman Umno BN?
Sekian.

DATO' PHAHROLRAZI MOHD. ZAWAWI
Pengerusi PasMa



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?