Penghormatan Terakhir Buat 'Murabbi' Umat - [Video]


Seorang Tok Guru 
yang berpewatakan lembut 
dan sentiasa mengenakan serban, sehingga nafasnya yang terakhir pada malam Khamis, 
tetap terkenal dan merupakan sosok yang dihormati oleh rakyat Malayasia tidak kira agama dan ideologi politik.


10:50 pagi: 
Puluhan ribu hadir, Nik Aziz selamat disemadi
Published on 13 February 2015 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat akhirnya selamat disemadikan bersebelahan pusara ayahandanya selepas bacaan talkin yang diketuai oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain pemimpin PAS, ramai juga pemimpin kanan Pakatan Rakyat turut hadir kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa meringkuk di penjara Sungai Buloh..kinitv


Ribuan rakyat iringi jenazah TGNA
Jenazah Allahyarham Nik Aziz dibawa keluar dari Masjid Pulau Melaka sebaik sahaja selesai disembahyangkan untuk disemadikan di tanah perkuburan berhampiran. Foto TRP/ Azrol Ali


NIK AZIZ SELAMAT DIKEBUMIKAN
KOTA BHARU, 13 Februari: Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka  hari ini. Puluhan ribu penyokong dan rakyat mula memenuhi kawasan kediaman Allahyarham sejak awal pagi tadi untuk memberi penghormatan terakhir. Jenazah Allahyarham...




Jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka untuk disemadikan.


Masyarakat dari segenap pelusuk negeri Kelantan tiba di kediaman Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk memberi penghormatan terakhir



13 Februari 2015: Ribuan orang awam mula berkumpul di perkarangan Masjid Tok Guru Pulau Melaka untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat
Foto TRP/Azrol 


Ribuan orang mula menziarahi jenazah Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka di sini, hari ini. Orang ramai meliputi pelbagai lapisan masyarakat mula memenuhi kediaman Allahyarham sebaik tersebarnya berita mengenai kematian bekas menteri besar Kelantan selama lebih dua dekad, sejak 1990, pada 9.40 malam tadi.



Fb Jkkk Fan Club
Non muslim 
turut sebak dengan kehilangan Tok Guru

fb - Cesc Muzammil

UAI turut kelihatan
bersama mengusung jenazah 

Fb - PAS Kawasan Kluang
Makam Tok Guru..
sederhana hidupnya 
dari awal hingga ke persemadian terakhir

Comments

  1. Kelibat kekasihku telah tiada. Yang ada, peningalan yang tak ternilai: zuhudmu , tawadukmu, keilmuanmu dan bersemadinya bust selama-lamanya. Menjadi tinta harumnya di sudut perjuangan yang abadi. - JAFARO

    ReplyDelete
  2. Kelibat kekasihku telah tiada. Yang ada, peningalan yang tak ternilai: zuhudmu , tawadukmu, keilmuanmu dan bersemadinya bust selama-lamanya. Menjadi tinta harumnya di sudut perjuangan yang abadi. - JAFARO

    ReplyDelete
  3. i'm speechless bro MT
    in a moment there i know how de people luv n respect TGNA.

    ReplyDelete
  4. Hidup dan dunia itu fana. Kemanusiaan itu diingati dan kekal. Untuk itu berbuatlah kebaikan dan akan diingati dalam lipatan sejarah.

    ReplyDelete
  5. Hidup dan dunia itu fana. Kemanusiaan itu diingati dan kekal. Untuk itu berbuatlah kebaikan dan akan diingati dalam lipatan sejarah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?