‘overthinking’ ! Apa tu?

Overthinking atau kerap berfikir secara melampau adalah tanda gangguan psikologi yang sebenarnya tidak sihat...itu pendapat umum bro ! Bagi kanak2 pula..pemikiran begini dianggap sehat ? tetapi bagi orang dewasa...ada sedikit marbahaya bro..

Sebab itu Islam menawarkan umatnya senantiasa berfikir mencari kebenaran hakiki..orang yang mengenali Rabbnya akan mudah tenang diri dan terselamat dalam semua bentuk ganguan diri...contohnya, bila seorang tu marah? dia cepat mengambil wudhu' lantas melakukan salat sunat..dia boleh saja terus membuka Al-Quran dan membacanya...itu antara penyelesaian kpd masalah pemikiran yang kacau dalam diri seseorang ! yang Islam larang, ialah banyak bercakap tetapi malas berkerja..kerana banyak bercakap akan mudah lakukan kesilapan dan kesalahan...


fikir banyak bagus bro !
bm.therakyatpost.com

Cara atasi masalah ‘overthinking’


Oleh MOHD ALIF ABU BAKAR
KERAP berfikir secara melampau (overthinking) adalah satu tanda gangguan psikologi yang dialami ramai.
Ada ketika, ia membantu kita untuk menimbang tara sesuatu perkara sebelum membuat sebarang keputusan.
Bagaimanapun, dalam kebanyakan hal, sikap ini sebenarnya ‘tidak sihat’ dan boleh menggugat kewarasan emosi seseorang.
Apabila ia mengatasi logik akal, secara tidak langsung ia akan memberi kesan terhadap tindak-tanduk, persepsi dan semangat individu tersebut.
Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

'Overthinking' ke 'orang' ini?

Ikuti tujuh solusi yang disarankan ini:

1) Bersukan
Sekiranya sebelum ini anda bukan seorang yang aktif bersukan, maka inilah masanya untuk mengubah gaya hidup.
Menjalankan aktiviti berorientasikan kecergasan fizikal berupaya menyalurkan caj-caj positif dalam diri anda. Joging, berbasikal atau berenang sahaja cukup untuk meredakan serabut fikiran anda.

Nasihat ? Kah Kah Kah
Kawan kena nasihat - sakit kapla !

2) Padatkan jadual
Potensi untuk anda berfikir secara berlebihan akan lebih tinggi sekiranya jadual harian anda mempunyai banyak kelapangan.
Justeru, bagi mengelakkan anda berfikir yang bukan-bukan, isi setiap masa dengan aktiviti yang mampu mengalihkan tumpuan anda.
Jika di rumah, anda mungkin boleh mencuba resipi baharu, mengemas atau berkebun.

apa yang 'negative' ??


3) Hobi baharu
Antara alternatif berkesan bagi merawat tekanan akibat overthinking termasuklah menambah hobi baharu.
Kembangkan minat anda terhadap sesuatu perkara agar ia dapat mengalih konsentrasi ke arah hal-hal positif.
Cuba fikir kembali, apakah keinginan anda yang belum dipelajari? Siapa tahu dalam tempoh ini anda berjaya belajar bermain piano, menjahit dan menari?
Sesuaikan hobi mengikut kecenderungan peribadi anda.

4) Menulis
Anda tidak perlu menjadi individu yang pintar berkarya untuk meluahkan perasaan di atas kertas.
Tulislah apa sahaja perkara yang bersarang di dalam fikiran anda dan lihat kesannya dalam membantu menyembuhkan emosi anda. Kadang-kadang ada perkara tidak perlu dikongsi dengan orang lain, jadi menulis dapat menenangkan jiwa anda.
Format penulisan terpulang kepada anda sama ada luahan perasaan seperti diari peribadi, cerpen atau puisi.

Belajar menulis dgn Menulis

5) Jangan jadi hamba laman sosial
Media sosial hari ini banyak mempengaruhi hidup manusia khususnya orang muda. Maka tidak mustahillah banyak permulaan overthinking berpunca daripada laman sosial.
Perkongsian gambar di Instagram, tweet menerusi Twitter dan status yang dimuat naik di Facebook mula menjadi elemen penting terhadap perspektif seseorang.
Sekiranya laman sosial sering menjadikan fikiran anda kacau-bilau, adalah lebih baik untuk menghentikan sementara komunikasi anda dengan medium-medium moden atau media baharu tersebut.
Tidak semua gambar, tweet atau status yang dimuat naik seseorang itu merujuk kepada kita. Berhentilah menjadi paranoid dek perkongsian laman sosial yang tidak jelas kesahihan pengertiannya.

6) Tarik nafas
Bernafas dengan teknik yang betul dapat membendung masalah overthinking.
Caranya mudah. Anda hanya perlu berbaring, tarik nafas dalam-dalam menggunakan hidung dengan kiraan dua saat. Bebaskan nafas menerusi mulut dalam kiraan empat saat.
Ulangi langkah di atas selama 10 minit ataupun sehingga ia dapat mendamaikan fikiran dan perasaan anda.

Effective Thinking Skills atau Buang masa ?
Jika laman sosial sering menjadikan fikiran anda kacau-bilau, 
lebih baik hentikan sementara komunikasi anda dengan media baharu tersebut, jangan jadi “hamba laman sosial”. – Foto arkib TRP

7) Tidur
Penyelesai ini paling kerap digunakan ramai orang.
Bagi sesetengah individu, tidur dapat meredakan kekacauan emosi dan fikiran.
Namun, adakalanya anda akan mengalami masalah untuk melapangkan minda sebelum berjaya melelapkan mata.
Jadi, sebelum tidur, minumlah segelas air kosong, tarik nafas dalam-dalam dan isi fikiran dengan perkara-perkara lain bagi sebagai pengalih fokus.

Jangan Ganggu Aaaaa


MOHD ALIF ABU BAKAR atau ‘Acip Alif’ adalah produk Sains Komunikasi, UiTM yang berkhidmat di sebuah akhbar tabloid arus perdana – masing-masing tiga tahun di meja berita dan meja rencana – sebelum menjadi penulis bebas.


sumber: bm.therakyatpost.com

اخر كلام 
Twisted Road !
Jalan berliku-liku perlu kepantasan fikir
bila kita memandu !
Kalo tidak ? Almarhum bro !

catatan mt

Comments

  1. Salam..

    main golf tibai dgn kayu hoki pon x pa..janji bahagia ceria..kahkahkah
    plan2 kayuh berbasikal..terbaik bro..bila berhujan sempoi ni...kahkahkah
    ...................................gc..........................

    ReplyDelete
  2. Keperluan rehat sangat dikehendakki. Mari kita buang sama-sama BN(UMNO), ya!!!

    ReplyDelete
  3. Keperluan rehat sangat dikehendakki. Mari kita buang sama-sama BN(UMNO), ya!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$